Serangan dan pertembungan ekonomi terhadap umat Islam

1- Musuh Islam telah lama menetapkan matlamat mereka untuk menguasai dan memonopoli ekonomi dunia keseluruhannya dari setiap ruang yang ada. Tujuan akhirnya adalah supaya umat Islam tidak mampu untuk menghasilkan sebarang produk mereka sendiri dan hanya bergantung kepada orang kafir.

2- Dengan penguasaan ekonomi ini mereka akan mengikat leher umat Islam dengan ikatan ekonomi. Seperti mana yang dilakukan oleh yahudi terhadap ekonomi dunia. Isu yang sama berlaku di Malaysia apabila ekonomi Malaysia dikuasai oleh golongan bukan Islam.

3- Malah tanah yang kita gelar sebagai Tanah Melayu ini sedikit demi sedikit diambil oleh orang asing. Sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan tidak mustahil negara kita boleh menjadi seperti Palestin dengan cara penjajahan secara halus.

4- Orang Melayu mempunyai kuasa membeli terbesar dan perkara ini diakui oleh bukan Islam. Kerana itu mereka sanggup melabur untuk mendapatkan sijil halal, mencari lokasi dimana ramai orang Melayu, menggunakan nama Melayu, malah menggunakan tulisan jawi pada produk-produk yang dikeluarkan oleh bukan Islam.

5- Kempen utamakan membeli barangan muslim adalah satu usaha yang bagus bagi memecahkan monopoli ekonomi oleh umat Islam. Kempen ini tidak akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara. Urusan jual beli tetap akan berjalan. Jadi tiada salahnya kempen mempromosi, menyokong dan membeli produk muslim.

Ayuh teruskan menyokong kempen utamakan produk muslim! Kembalikan dominasi umat Islam. #BMF

Ustaz Mus’ab Norkefli
Naib Yang Dipertua
ISMA Hulu Langat

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian