ismakualaterengganu

Gajet Rencatkan Pembangunan Kognitif dan Psikomotor Kanak-kanak

  Prof Madya Dr. Zulaiha Ali Othman dalam program Serwanis anjuran Wanita Isma Ipoh   Oleh: Shafa Ayeop IPOH, 20 Oktober, Ahad – Perkem...

 

Prof Madya Dr. Zulaiha Ali Othman dalam program Serwanis anjuran Wanita Isma Ipoh

 

Oleh: Shafa Ayeop

IPOH, 20 Oktober, Ahad – Perkembangan teknologi digital yang semakin pesat telah banyak merubah cara hidup manusia. Tidak dinafikan bahawa teknologi digital juga telah membantu menyelesaikan banyak perkara terutamanya dalam hal berkaitan komunikasi.

Gajet merupakan alat peranti yang semakin popular di kalangan masyarakat. Ia bukan sahaja digunakan oleh golongan dewasa malahan kanak-kanak juga telah didedahkan dengan penggunaannya. Ramai dalam kalangan ibu bapa memberikan gajet kepada anak-anak di awal usia kerana beranggapan ianya mampu menyumbang kepada perkembangan minda mereka.

Ketua Unit Maklumat Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Zulaiha Ali Othman menyifatkan tanggapan ini adalah tidak benar.

“Kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah tidak seharusnya diberikan gajet. Pada usia satu hingga tiga tahun, pertumbuhan saraf otak adalah tiga kali ganda lebih tinggi dalam menghasilkan berbilion sel otak. Pada peringkat ini, penyerapan pembelajaran kanak-kanak sangat tinggi kerana mampu meninggalkan ingatan yang kekal”, jelasnya.

”Jika anak-anak diberikan gajet pada usia ini, ianya akan memberi kesan kepada kesihatan dan mampu merencatkan serta menganggu pembangunan kognitif dan psikomotor mereka. Ianya boleh membawa kepada penyakit-penyakit fizikal mahu pun mental” tambahnya lagi.

Prof. Madya Dr. Zulaiha berkata demikian dalam ceramahnya yang bertajuk “Ketagihan Gajet dalam Institusi Keluarga” di program Seminar Wanita Islam (Serwanis) anjuran Wanita Isma di Ipoh tempoh hari.

Menurutnya yang juga merupakan ketua kelab Etika Cyber di UKM, dalam lingkungan usia ini, kanak-kanak seharusnya diberikan pembelajaran dan melatih otak mereka untuk mengenal alam serta kemahiran bersosial.

Penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak yang berusia tiga tahun ke bawah adalah dilarang bagi mengelakkan gangguan terhadap perkembangan minda serta masalah ketagihan gajet di kalangan kanak-kanak.

 

Sumber

Related

TERKINI 8759449106043050241

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item