ismakualaterengganu

Tiga Beradik Huffaz Cemerlang di Majlis Hafazan al-Quran

Oleh Syarifah Hawa A Latip HULU BERNAM, 25 Okt – Nadhiroh binti Mohd Asri, 23, telah meraih Johan Hafazan Wanita kategori 1 hingga 30 juz...

Nadhiroh bersama Solahuddeen

Oleh Syarifah Hawa A Latip

HULU BERNAM, 25 Okt – Nadhiroh binti Mohd Asri, 23, telah meraih Johan Hafazan Wanita kategori 1 hingga 30 juz di Majlis Hafazan dan Tilawah al-Quran peringkat Daerah Hulu Selangor, semalam.

Majlis yang berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahman, Hulu Bernam itu turut menyaksikan kejayaan adiknya, Ahmad Solahuddeen bin Mohd Asri, 16, sebagai pemenang tempat ketiga hafazan lelaki kategori 1 hingga 30 juz.

Abdullah Yusoff, Johan Tilawah Hafazan al Quran peringkat daerah Gombak

Terdahulu, Abdullah Yusuff bin Mohd Asri, 14, telah pun meraih Johan Hafazan kategori lelaki 1 hingga 30 juz di Majlis Hafazan dan Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Gombak.

Nadhiroh merupakan pelajar jurusan Sejarah dan Ketamadunan di Univeriti Islam Antarabangsa Malaysia serta bertugas sebagai Penyelia Hafazan al Quran di Maahad Tahfiz AL Fateh.

Ahmad Solahuddeen dan Abdullah Yusoff pula merupakan pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Fateh, Batang Kali yang baru sahaja menerima ijazah hafazan mereka September lepas.

Adik-beradik cemerlang ini antara tiga orang daripada lapan orang anak-anak hebat kepada pasangan aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak, Ustaz Mohd Asri & Ustazah Junainah.

 

 

Sumber

Related

TERKINI 2331910042544852458

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item