Aktif berdakwah bukan penghalang cemerlang akademik

 

Oleh : Habsah Abdul Shaer

BANGI, 25 Nov – “Tidak pernah terlintas di dalam hati sanubari saya untuk meninggalkan dakwah dan tarbiah semata-mata hendak fokus kepada pelajaran,” kata Muhammad Iqmal Haziq, graduan program Diploma Pengurusan Industri Halal Kolej Uniti yang berjaya menamatkan pengajiannya dengan PNGK 3.93 dan seterusnya dinobatkan sebagai graduan cemerlang akademik dan kokurikulum dengan menerima anugerah al-Ghazali dalam majlis konvokesyen Kolej Uniti kali ke 18 baru-baru ini di Bangi Avanue Convention Center.

Menurut Iqmal, penglibatan aktif dalam Pembina Uniti dan Pusat bukanlah penghalang untuk berjaya dalam akademik. Keikhlasan dalam berdakwah dan menjadikan Allah sebagai matlamat utama serta sentiasa berada bersama jamaah yang baik menjadi asbab kepada kejayaan ini.

“Di dalam tarbiah saya diajar tentang cara penyusunan masa yang efiesien tidak kira dari sekecil-kecil perkara hingga kepada perkara yang lebih besar.

“Nilai dan disiplin yang diperolehi dalam jamaah serta sentiasa menjadikan tarbiah keutamaan membantu saya mengatur hidup sebagai seorang pelajar dan pendakwah,” sambung mantan presiden Pembina Uniti itu lagi.

Anak sulung dari empat beradik ini turut merasai anugerah diperolehi tidak akan lengkap jika tidak ada insan-insan yang sering mendoakan dan memberi dorongan sepanjang tempoh pengajian. Berbekalkan doa kedua Ibu dan ayah, pensyarah-pensyarah yang tidak pernah jemu berkongsikan ilmu serta sahabat-sahabat yang sentiasa berjuang bersama sehingga ke akhirnya menjadi pemangkin kejayaannya pada hari ini.

Iqmal yang kini merupakan Jawatankuasa Akademik Pembina Pusat menyeru kepada semua pelajar supaya menjadikan pusat pengajian sebagai medan untuk mengaut segala pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan demi menjadi seorang graduan yang berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara.

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?