Hari Keluarga ISMA Kota Bharu 2019 meriah

PASIR PUTEH, 22 Nov – Hari Keluarga Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Kota Bharu di Sweet Beach Resort Tok Bali, meriah dengan kehadiran peserta mencecah seramai 150 orang.

Program yang berlangsung selama dua hari satu malam ini  dihadiri oleh ahli-ahli Isma yang terdiri daripada 16 buah keluarga, individu bujang  dan juga mahasiswa PEMBINA Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa.

Program ini bermula dengan makan malam di dewan Sweet Beach Resort dan disusuli dengan program jalinan kasih atau sesi taaruf.

Keesokkan paginya selepas sarapan pagi, semua peserta berkumpul di dewan bagi meneruskan aktiviti kemuncak iaitu ucapan pengarah, Encik Nazly bin Mohd Rejal.

Beliau mengalu-alukan kedatangan semua peserta hari keluarga ISMA KB dan bersyukur kerana dengan berkat kerjasama daripada semua ahli jawatan kuasa, program  kali ini dapat juga dijayakan walaupun telah beberapa kali tertunda sebelum ini.

“Kita berharap program seperti ini pada tahun hadapan akan dikendalikan dan diterajui oleh golongan-golongan muda pula”, seloroh Encik Nazly dengan penuh makna.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan mengikut kategori. Bagi kategori berkeluarga, aktiviti sarung ajaib menguji kerjasama dan kefahaman antara ahli keluarga. Para ikhwah (peserta lelaki) pula bermain bola tampar dan aktiviti di kolam mandi.

Bagi akhawat (peserta perempuan), mereka kelihatan amat seronok dengan permainan perang selipar Jepun, kain batik, himpit belon, tiup belon sampai pecah, terompah gergasi, lari dalam guni dan permainan taaruf  dan tidak ketinggalan juga kanak-kanak yang bermain tiup belon, balin belon air dan isi air dalam botol.

Para peserta berkumpul sebelum solat Zohor bagi sesi bergambar secara beramai-ramai untuk diabadikan sebagai kenangan.

Selepas Solat Zohor peserta terus ke dewan makan untuk menjamu selera di samping ucapan perasmian penutup oleh YDP Isma Kota Bharu, Ustaz Faisal Abdullah. Beliau berkata, program seperti ini diadakan setiap tahun bagi mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan keluarga dan juga ahli ISMA.

Lebih 60 hadiah cabutan bertuah telah berjaya dibawa pulang oleh peserta pada hari keluarga kali ini. Rata-rata berpuas hati kerana hadiah yang disediakan sangat menarik. Sebahagian besar hadiah adalah merupakan barangan elektrik, hamper, voucer penginapan, dan banyak lagi. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh pengarah program, Ketua Biro Keluarga & Masyarakat Ustazah Asfihani Mat Zin dan YDP ISMA Kota Bharu.

Tahniah kepada para peserta dan semua urusetia yang telah menjayakan program hari keluarga kali ini.

 

Disediakan oleh,

Puan Maznah

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian