ismakualaterengganu

PRK Tanjung Piai: Kebangkitan Islam dari benua Asia paling selatan?

Pilihanraya Kecil (PRK) bagi kerusi P165 Tanjung Piai bukan calang-calang perebutan kerusi seperti PRK yang pernah berlaku sebelum ini. Bagi...

Pilihanraya Kecil (PRK) bagi kerusi P165 Tanjung Piai bukan calang-calang perebutan kerusi seperti PRK yang pernah berlaku sebelum ini. Bagi para pendokong gerakan Islam yang memahami helah demokrasi dan taktik cauvinis Cina, ketidak pastian sokongan mereka ialah sama ada kepada calon BERSATU yang merupakan seorang imam dan senior warga tempatan, ataupun calon MCA yang mendapat restu UMNO dan PAS atas dasar Muafakat Nasional, atau boleh jadi calon BERJASA yang tidak boleh dinafikan kewibawaannya.

Tanjung Piai kurniaan Allah yang unik

Perjalanan ke Parlimen Tanjung Piai melalui jalan darat sama ada dari Pontian, Simpang Renggam, Sedenak mahupun Pekan Nenas pasti akan melalui laluan yang berbukit atau berbonggol dek jalan yang tidak rata.

Tanjung Piai, dari segi geografinya merupakan sebuah tanjung daratan yang meruncing ke arah perairan berpaya bakau yang dipenuhi pokok piai. Kawasan parlimen ini yang terdiri daripada Pekan Nenas, Bandar Permas, Kukup, Rembah dan kampung-kampung tradisi Jawa dan Bugis sekitarnya ialah kawasan tanah pamah yang beralun-beralun.

Kajian geologi menunjukkan kawasan parlimen Tanjung Piai didasari oleh endapan aluvium samudera yang tebal yang terbentuk kira-kira 2 juta tahun lalu. Mudah cerita, semasa Tamadun Kedah Tua berkembang pesat dengan Gunung Jerai sebagai pulau gunung penunjuk arah dan Sungai Batu sebagai kota pelabuhan, kawasan parlimen ini masih ditenggelami air laut dek keadaannya sebagai pinggir laut pada masa itu.

Atas faktor geografi dan geologi inilah, kawasan parlimen ini dilimpahi rahmat Allah berupa tanah lumpur – gambut yang subur untuk kegiatan bersawah padi, nanas dan kelapa sawit. Pinggir laut yang berlumpur dan berpaya bakau pula menjadi sumber makanan utama kepada ikan-ikan laut yang akhirnya menjadi rezeki kepada para nelayan.

Aktiviti pelancongan dan pengiktirafan antarabangsa juga tidak boleh dipandang enteng. Kedudukan Tanjung Piai sendiri daratan benua Asia paling selatan semakin menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Malah, Tanjung Piai, Sungai Pulai dan Pulau Kukup telah pun diiktiraf sebagai tanah lembap berkepentingan antarabangsa melalui Konvensyen RAMSAR.

Kredibiliti calon yang bertanding

Umum mengetahui bahawa kawasan parlimen Tanjung Piai terdiri daripada 57% pengundi Melayu sebagai majoriti dan 42% pengundi Cina.

Haji Karmaine Sardini ialah calon parti BERSATU pilihan Pakatan Harapan yang dipelopori DAP dan PKR. Barisan Nasional pula menampilkan semula Datuk Wee Jeck Seng daripada MCA sebagai calon lawan. Wendy Subramaniam menjadi taruhan parti GERAKAN yang kini bukan lagi komponen BN. Parti BERJASA pula meletakkan presidennya, Dato’ Dr Ir Ts Badhrulhisham sebagai lawan yang berwibawa. 2 lagi ialah calon bebas.

Sejarah telah menyerlahkan pendirian DAP dan MCA sebagai parti cauvinis Cina yang sentiasa berusaha menghalang kebangkitan Islam dan jatidiri bangsa Melayu. Walaupun kedua-duanya berada dalam blok kepartian yang berbeza, namun mereka sentiasa sepakat dalam banyak agenda termasuklah pemerkasaan sekolah vernakularpengiktirafan UECpenolakan RUU355penghapusan hak istimewa bumiputeramenafikan Kontrak Sosialpembelajaran tulisan jawi dan banyak lagi yang mengancam Islam dan Melayu sebagai agama rasmi persekutuan dan bangsa peribumi.

Sumber: Bernama

BN dengan berani meletakkan Datuk Wee Jeck Seng yang sememangnya seorang yang cauvinis untuk bertanding, walaupun kawasan itu didominasi pengundi Melayu. Haji Karmaine pula, masyarakat telah jelik dengan kebiadapan DAP dalam banyak perkara sepanjang 2 tahun lebih berada dalam kerajaan terutama dalam isu kewangan, kelapa sawit dan pendidikan. Kebarangkalian untuk calon BERSATU bakal menjadi penduduk Dewan Rakyat yang menyepi nanti adalah tinggi kerana cauvinis DAP dan liberalis PKR mengungguli Pakatan Harapan.

Kewibawaan BERJASA

Apabila berfikir dari aspek kebelangsungan dan perjuangan Islam dalam memimpin alam, helah demokrasi berjaya digarap sebaiknya oleh parti BERJASA wajar menjadi tumpuan dunia. Tuntasnya, parti BERJASA tidak mempunyai apa-apa kontrak dengan puak-puak cauvinis dan dengan jelas menjadikan pegangan Islam sebagai modus operandi gerak-kerja. Inilah kelebihan utama BERJASA sebagai parti Melayu – Islam.

Kewibawaan Tok Badh pula sukar untuk dipertikai. Beliau bukan sahaja anak jati Johor, tetapi berkelulusan tinggi dari luar negara dan pernah menjawat jawatan tinggi sebagai penyelidik di peringkat nasional.

Bukan rasis tapi tolak cauvinis dan liberalis

ISMA kekal komited untuk menghalang sebarang usaha pihak cauvinis atau ultrakiasu bukan sahaja untuk memimpin negara, tetapi memperjudikan nasib bangsa.

Pada masa yang sama, ISMA sentiasa menyeru agar bangsa-bangsa lain di Malaysia untuk turut hidup aman harmoni tanpa menafikan perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial.

Untungnya, pendirian-pendirian ISMA ini bukan sahaja sejajar dengan perjuangan parti BERJASA, malah selaras dengan maksud Al-Quran antaranya:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam…” (Surah Ali ‘Imran, ayat 19)

“Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…” (Surah al-Ma’idah, ayat 3)

“Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat ( أولياء ) dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) daripada Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti daripada pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.” (Surah Ali-Imran, ayat 28)

Kesimpulan

Sudah terang lagi bersuluh. Tok Badh daripada parti BERJASA amat wajar mendapat sokongan semua gerakan Islam di Malaysia yang dambakan kebangkitan Islam di tanah air tercinta. Parti BERJASA berpegang teguh dengan kontrak syarak yang mahukan Islam sentiasa menjadi tuan kepada alam semesta.

Kepada para pengundi Tanjung Piai, undilah dengan neraca syarak. Kepada rakyat Malaysia, panjatkanlah doa agar urusan kebangkitan Islam bermula dengan sempurna di Parlimen Tanjung Piai.

Abu Fasihah
Aktivis ISMA Subang Jaya

Sumber

Related

TERKINI 2049688241699494430

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item