Sentuh anjing : Ramai masyarakat kita hanya tahu dari yang faham

 

Berkali-kali isu ini timbul. Berkali-kali juga salah faham akan bangkit. Melihat pada komen-komen netizen, dengan maklum balas artis yang punya pengaruh, jauh disudut hati saya berasa risau. Rata-rata memandang ringan tentang perkara ini. Saya takut kalau-kalau satu zaman nanti, memegang anjing menjadi budaya baharu dalam masyarakat Islam.

Sekadar makluman awal, tulisan ini bukan niat untuk menghukum. Tapi hanya untuk memberi kesedaran umat Islam di luar sana tentang betapa pentingnya kefahaman. Dan sebagai peringatan buat diri saya juga.

Beza tahu dan faham.

Tahu; kita tahu anjing itu najis. Kalau tersentuh dalam keadaan basah boleh disucikan.

Faham; kita faham anjing itu najis, tersentuh boleh dibersih, tapi sebenarnya Allah melarang kita dari suka-suka mendekati najis dan mengotorkan diri.

Maksudnya, dalam isu sentuh anjing ini, menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan atau suka-suka adalah haram di sisi Islam.

Dari kitab Hasyiah Bujairami ala Syarah Manhaj al-Tullab, m/s 105 dan Hawasyi Tuhfah al-Manhaj bi Syarah al-Manhaj, m/s 174, Imam al-Bujairimi dan Sheikh Ibnu Hajar al-Haithami menyatakan;
التضمخ بالنجاسة إنما يحرم
Maksudnya: Menyentuh najis secara sengaja ia adalah Haram.

Jadi, kita tak boleh suka-suka pegang anjing, apatah lagi berbangga dengan perbuatan tersebut.

Ya, anjing memang comel. Saya tak nafikan sebab saya sendiri suka pada anjing. Saya rasa geram tengok anjing yang gebu-gebu. Tapi tak bermakna suka sampai perlu sentuh-sentuh, pegang-pegang, timang-timang. Cukup sekadar puji, mashaAllah comel nya anjing.


Contoh lain, tentang tahu dan faham. Kita tahu couple itu haram. Tapi masih juga bercouple. Sebab kita tak faham, kenapa Allah mengharamkan couple itu. Firman Allah swt,

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). “(Al-Isra’ 17:32).

Kalau kita faham ayat itu, pasti kita menolak budaya couple-couple ini.


Indahnya Islam, Allah swt telah menggariskan semua hukum hakam selari dengan fitrah manusia. Kalau-kalau rasa hukum itu tak selari dengan kita, maksudnya kita sedang bicara tentang memuaskan nafsu.

Apapun, dalam kehidupan ini antara apa yang kita suka dengan yang Allah suka, dahulukan hak Allah dulu. Semoga selepas ini, untuk kita lakukan sesuatu timbang tara dahulu sejauh mana kita faham dan tahu.

“Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali”
(Surah al-Baqarah: 285)

Nashrah Hani Jamadon
Ketua BKOM ISMA Bangi

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian