Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2020

Bahasa jiwa bangsa, erti sebenar identiti negara

Imej
Oleh: Mohd Naim Yusof 13 September 2020 - Kg. Gong Datok, Kuala Nerus, ISMA cawangan Kuala Terengganu (ISMA KT) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Gong Datok telah menganjurkan sebuah wacana bersama penduduk kampung disini hari ini. Wacana ini telah diadakan di Pusat Komuniti Kampung Gong Datok. Bertemakan bahasa jiwa bangsa, wacana ini telah membincangkan tentang beberapa topik yang menarik mengenai fungsi bahasa kebangsaan sebagai medium perpaduan di sesebuah negara khususnya di Malaysia yang secara maklumnya terdiri dari pelbagai kaum.  Tiga bangsa terbesar Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India seharusnya bersepakat diatas satu identiti negara yang ingin dibina jika mengimpikan sebuah negara yang kuat dan berdaulat serta maju setanding dengan negara-negara maju yang lain. “Saya pernah pergi ke Thailand, semua rakyatnya bertutur dalam Bahasa Thailand. Tidak kira dari bangsa mana, hatta bangsa melayu di Thailand juga fasih berbahasa Thailand.” Berkata Ustaz