Jadikan masalah hidup sebagai munajat
KUALA TERENGGANU, 22 Oktober - Manusia tidak dapat lari daripada masalah hidup. Untuk itu mereka sepatutnya meluahkan masalah tersebut kepada Allah. Mereka perlu menukarkan segala kerunsingan yang sering mengganggu kekhusyukan semasa solat sebagai munajat (perbualan) dan pengaduan kepada Allah. Dengan itu, hati terdidik untuk sentiasa terpaut dan mengingati Allah, ulas Dr. Razali Musa, YDP ISMA Kuala Terengganu yang juga Ketua Jabatan Usuluddin, UniSZA, dalam kuliah mingguan Hadis Tsulatsa' baru-baru ini. Beliau berkata demikian ketika menekankan kepentingan khusyuk di dalam solat. "Lalai di dalam solat, bererti tujuan solat tidak akan tercapai. Ini adalah kerana solat disyariatkan untuk mengingati Allah (Thoha: 14)," tegas beliau. Ini agak berbeza dengan ibadat-ibadat yang lain, ujar beliau. Ibadat puasa, sebagai contoh, masih mencapai tujuannya kerana kelaparan yang dilalui masih boleh mendidik nafsu sekalipun orang yang berpuasa lalai. Demikian juga zakat...