Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2012

Cara menghadirkan hati di setiap syarat solat

Imej
KUALA TERENGGANU, 24 Disember - Dalam  membincangkan proses dan langkah-langkah penyucian jiwa sebagai asas membangunkan kembali umat Islam yang gemilang serta menyambung kembali pengulasan kitab Al-Mustakhlas Fi Tazkiyah An-Nufus, Dr. Razali Musa, YDP ISMA Kuala Terengganu telah mengupas dengan panjang lebar tentang bagaimana untuk menghadirkan hati di setiap syarat solat. "Menghadirkan hati di dalam setiap syarat solat merupakan elemen yang penting dalam melahirkan ketenangan dan kekhusyukan solat," tegas beliau. Antara syarat-syarat solat yang dihuraikan ialah; syarat pertama iaitu azan. Menurut beliau, apabila mendengar azan, maka hadirkanlah hati sebagaimana susahnya hari Kiamat. "Orang yang cepat menyahut seruan azan, mereka akan dipanggil dengan baik dan lembut di padang Mahsyar nanti," ujar beliau lagi. Kedua, iaitu membersihkan diri daripada hadas kecil dan besar. Tambah beliau, syarat taharah ini dapat menghadirkan hati dengan cara menyucika

Kejelasan fikrah perjuangan dalam isu Palestin

Imej
Perjuangan rakyat Palestin menentang Yahudi merupakan perjuangan jihad yang tidak ada kekeliruan lagi. Rakyat Palestin terdiri daripada umat Islam yang telah dididik dan ditarbiah oleh pertubuhan Hamas berasaskan manhaj perubahan daripada peribadi, keluarga, masyarakat dan seterusnya tidak berpada dengan penubuhan negara Palestin sahaja. Penentangan itu dihalakan kepada musuh yang jelas, iaitu Yahudi Zionis. Musuh mereka bukan calang-calang musuh. Yahudi telah disebut dalam Al-Quran sebagai musuh nombor satu umat Islam. Malahan mereka juga menguasai politik dunia yang dijelmakan melalui kuasa Amerika Syarikat. Tidak ada sekelumit pun keraguan untuk menamakan orang yang mati di dalam perjuangan Palestin tersebut sebagai syahid. Tentera-tentera Hamas daripada Briged Izzudin al-Qassam mempunyai disiplin yang tinggi. Bukan sahaja kemahiran fizikal dititikberatkan malah kekuatan hubungan dengan Allah S.W.T. turut diutamakan. Begitulah jelas dan terangnya isu perjuangan merek

Ceramah Penerangan Isu Syiah

Imej
CERAMAH PENERANGAN ISU SYIAH Oleh: Ustaz Mohamad Ismail 14 Disember 2012 - Selepas solat Maghrib - Masjid UniSZA, Gong Badak - Anjuran bersama ISMA Kuala Terengganu dan Masjid UniSZA 15 Disember 2012 - Selepas solat Maghrib - Masjid Permin Jaya, Chendering - Anjuran ISMA Kuala Terengganu dengan kerjasama Masjid Permin Jaya Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.