Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2019

500 hadir Rumah Terbuka Aidilfitri ISMA Subang Jaya

Imej
Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi SUBANG JAYA, 24 Jun – Kira-kira 500 orang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Subang Jaya yang diadakan di Dewan Cendana Alam Megah, tengahari semalam. Majlis yang diadakan secara santai dan sederhana itu diserikan dengan kehadiran pimpinan ISMA pusat termasuk Amir ISMA, Ustaz Haji Abdullah Zaik bin Abdul Rahman dan isteri, Ustaz Mohd Rusdi bin Alias dan Ustaz Mohd Rizal bin Sabran. Majlis turut menerima kunjungan daripada pimpinan parti politik Islam setempat termasuklah BERJASA dan PAS, pimpinan masjid dan surau seperti Masjid Al-Falah, Masjid Bukit Lanchong dan Surau Al-Madaniah, wakil-wakil pertubuhan Islam serta persatuan penduduk setempat. Yang Dipertua Isma Subang Jaya, Ustaz Muhd Farhan bin Muhd Fadhil dalam ucapan alu-aluannya menyeru agar persaudaraan silaturahim sesama orang Islam perlu sentiasa dipupuk demi memperkuat agama Islam di tanah air tercinta. Majlis juga diserikan dengan penyampaian duit raya ke

‘KITA RAYA NAK BERSATU, BUKAN BERPECAH’

Imej
Ambil peluang hari raya ini untuk lupakan persengkataan, bersepakatlah demi menjamin kesejahteraan ummah PASIR PUTIH, 18 Syawal 1440H, Sabtu – Pengarah program Haflah Raya ISMA Pasir Putih, Ustaz Mohd Sallehuddin bin Mahmud mengingatkan para tetamu majlis supaya manfaatkan peluang yang ada pada hari raya untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim sesama umat Islam serta lupakanlah segala perbezaan dan tamatkanlah semua persengketaan.  Pengarah program Haflah Raya ISMA Pasir Putih, Ustaz Mohd Sallehuddin bin Mahmud “Di Aidilfitri inilah kesempatan terbaik untuk saling melupakan semua perselisihan dan persengketaan dan mengukuhkan kerjasama di antara individu. Ambillah peluang ini untuk kita saling bermaaf-maafan dan kukuhkan lagi persahabatan yang sedia terjalin.” Sehubungan dengan itu, dalam sesi temu ramah bersama Pengerusi Perhubungan BERJASA Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Rahman bin Iskandar, beliau berkata dominasi kuasa politik orang Melayu akan lebih kuat dengan adanya kerja

Wanita Isma seru hidupkan 10 Ramadan terakhir dengan Al-Quran

Imej
KUANTAN, 1 Jun – Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan, Ustazah Norhayati Ahmad Salleh berkata, umat Islam sepatutnya berasa sangat bersyukur kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk berada di dalam bulan Ramadan, dan menghidupkan amalan terutama di 10 malam terakhir Ramadan ini. “Dalam suasana yang sangat kritikal ini, kita juga diseru supaya menggunakan sebaiknya masa yang ada untuk memperbanyakkan amalan serta menjalani ibadah puasa padabulan ini dengan memperbanyakkan bacaan ayat suci Al-Quran. “Al-Quran dan bulan Ramadan ini tidak boleh dipisahkan. Bulan Ramadan merupakan bulan Al-Quran kerana ia diturunkan dalam bulan Ramadan, dan ia juga yang memberi petunjuk kepada seluruh umat manusia di dunia ini,” jelas beliau. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan di Majlis Tadarus & Khatam Al-Quran di anjuran Wanita Isma Kuantan di Surau Ar-Ridhuan, Permatang Badak di sini baru-baru ini. Oleh sebab itu juga, tambah beliau, Wanita Isma

Ramadhan dan Al-Quran: Bagaimanakah kita di 11 bulan seterusnya?

Imej
Ramadhan dan Al-Quran begitu sinonim dan akrab sehingga Ramadhan turut digelar شهر القرآن atau bulan Al-Quran.  Hubungan yg rapat antara keduanya bersesuaian dengan firman Allah s.w.t: “Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah: 185) Allah telah memuliakan Ramadhan, selain dengan kefardhuan berpuasa sebulan padanya, juga dengan diturunkan Al-Quran yang merupakan kitab petunjuk padanya. Sekalipun ibadah membaca Al-Quran tidak difardhukan seperti solat, puasa, zakat dan haji, namun ibadah seperti solat tidak dapat disempurnakan tanpa bacaan Al-Quran. Malah terdapat begitu banyak kelebihan bagi mereka yang membaca Al-Quran yang dapat difahami melalui hadis-hadis Nabi S.A.W., antaranya: 1) Al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak. Daripada Abu Umamah r.a mela

ISMA Subang Jaya hayati keagungan Al-Quran