Coretan hati : Antara amal dan ukhuwah
Antara kawanan burung yang terbang bersama, pasti sekali sekala berlaga juga. Mengharapkan cerah berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah ibaratnya perselisihan faham yang menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Dan ianya tidak terkecuali berlaku terhadap orang yang telah beriltizam dalam jalan tarbiyah. Tarbiyah yang pada awalnya dibasahi dengan nilai iman dan ukhuwah, lama kelamaan luntur sehingga tidak ada lagi tanya khabar, senda gurau dalam rutin usrah mingguan. Perbincangan hanya sekitar kerja dan tugasan dakwah yang menuntut keseriusan dan kesungguhan.. Manakala pantauan amal fardhi diremehkan sehingga jarang sekali pertemuan berbentuk berbuka puasa bersama, solat subuh bersama, baca quran dan sebagainya. Sedangkan inilah pertemuan yang menghidupkan semula hati dengan siraman iman setelah ia lama kering dengan mesyuarat dan program Situasi inilah yang menjadi benih awal kepada terbentuknya virus ukhuwah. Virus sepertimana sifatnya akan merebak sehing...