Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2020

Coretan hati : Antara amal dan ukhuwah

Imej
Antara kawanan burung yang terbang bersama, pasti sekali sekala berlaga juga. Mengharapkan cerah berpanjangan, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah ibaratnya perselisihan faham yang menjadi lumrah dalam kehidupan manusia. Dan ianya tidak terkecuali berlaku terhadap orang yang telah beriltizam dalam jalan tarbiyah. Tarbiyah yang pada awalnya dibasahi dengan nilai iman dan ukhuwah, lama kelamaan luntur sehingga tidak ada lagi tanya khabar, senda gurau dalam rutin usrah mingguan. Perbincangan hanya sekitar kerja dan tugasan dakwah yang menuntut keseriusan dan kesungguhan.. Manakala pantauan amal fardhi diremehkan sehingga jarang sekali pertemuan berbentuk berbuka puasa bersama, solat subuh bersama, baca quran dan sebagainya. Sedangkan inilah pertemuan yang menghidupkan semula hati dengan siraman iman setelah ia lama kering dengan mesyuarat dan program Situasi inilah yang menjadi benih awal kepada terbentuknya virus ukhuwah. Virus sepertimana sifatnya akan merebak sehing

Jaga perintah Allah, kunci kejayaan ahli keluarga dalam SPM 2019

Imej
Oleh: M Naim Yusof K. TERENGGANU, 7 Mac – Anak-anak aktivis Isma K. Terengganu yang menduduki Sijil Pelajaran Malysia (SPM) pada tahun 2019 rata-rata memperoleh keputusan cemerlang. Lebih membanggakan lagi, Engku Sofiyyah Hanan binti Engku Omar Amiruddin merupakan anak kepada Yand Di-Pertua (YDP) Isma K. Terengganu memperoleh keputusan 11A dan dianugerahkan pelajar terbaik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Shaikh Abdul Malik. Antara rahsia didikan keluarga yang dikongsikan oleh Ustaz Engku Omar Amiruddin bin Engku Ali, YDP Isma K. Terenganu adalah dengan memberikan didikan seimbang antara dunia dan akhirat, serta sentiasa meletakkan urusan kita dengan Allah SWT di depan tanpa membelakangkan urusan keluarga. Menurut beliau, keputusan cemerlang ini merupakan anugerah daripada Allah SWT. Walaupun sibuk dengan urusan dakwah dan kegiatan masyarakat, urusan membina keluarga tidak seharusnya diketepikan dan kebergantungan harus diletakkan sepenuhnya kepada Allah SWT dengan