Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?


Oleh Rohidzir Rais

MUNGKIN itu yang cuba dinyatakan oleh Saudari Erna Mahyuni dalam artikel yang disiarkan dalam laman sesawang Malay Mail Online minggu lepas.

Bagaimana sebuah portal akhbar bahasa Inggeris yang terkenal tergamak atau layak menyiarkan sebuah artikel yang berhujah berdasarkan beberapa kerat potongan daripada Twitter? Malay Mail patut berasa malu membiarkan artikel seperti ini terlepas, sedangkan ia hanya layak untuk disiarkan dalam Facebook atau Twitter.

Kesalahan paling besar penulis ini ialah sikap skeptikal beliau sendiri dengan apa sahaja yang berkaitan dengan tempatan, Malaysia, rakyatnya, bahasanya, pensyarahnya, universitinya dan pelajarnya, atau mungkin segalanya tidak sempurna di Malaysia, boleh juga baca Melayu dan Islam.

MALAYONESIA, Kerdipan Bintang Melayu di Langit Melayu

Buku yang saya terbitkan dan menjadi editor ini tidak pernah mencatatkan bahawa bahasa Inggeris tidak mempunyai sejarah dan semua perkataan Inggeris berasal daripada bahasa Arab, sebagaimana yang dinyatakan dalam keratan Twitter IIUM. Pelajar yang menulis tweet ini membaca dengan buku ini dan memetiknya dengan tidak sempurna.

Dalam buku Malayonesia dan Bicarawara Sains Islam, Dr Mat Rofa Ismail mendatangkan bukti bahawa sebahagian ilmu sains diasaskan atau dikembangkan daripada saintis Muslim. Ini dapat dikesan jejaknya dalam istilah-istilah saintifik atau bukan saintifik dalam bahasa Inggeris dan Latin yang berasal daripada bahasa Arab kerana istilah-istilah ini tidak ada dalam bahasa mereka.

Ini bukti jelas bahawa ilmu-ilmu ini mengalir daripada tamadun Islam dan diterima oleh tamadun barat. Tetapi fakta ini disembunyikan sehinggakan orang Islam dan timur menyangka semua kemajuan dan ilmu sains ini berasal sepenuhnya daripada barat, sama seperti pandangan penulis artikel ini, Saudari Erna.

Kalaulah penulis artikel ini jujur dalam mendapatkan maklumat dan memberikan pandangan yang telus, Saudari Erna sepatutnya membaca dahulu karya Dr Mat Rofa Ismail terutamanya Malayonesia. Malangnya dia hanya sekadar meninjau-ninjau aktiviti dan penerbitan Dr Mat Rofa dan mengambil kesimpulan dangkal yang memalukan ini.

Berdasarkan ‘tinjauan’ kasar ini juga beliau dengan bongkak merendahkan kreadibiliti seorang pensyarah yang lebih 30 tahun menabur jasa kepada anak bangsanya. Hanya kerana Dr Mat Rofa seorang pensyarah Matematik tidak menghalang beliau untuk memberikan komentar atau menulis buku mengenai sejarah. Kerana Matematik, tidak seperti anggapan Erna dan golongan seperti beliau, bukan hanya subjek yang berkisar mengenai nombor semata-mata, tanpa mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggal dalam masyarakat dan agama.

Ini yang diperjuangkan oleh Dr Mat Rofa sepanjang kerjaya beliau dalam bidang pendidikan tingga hingga pencen baru-baru ini.

Makumat lanjut mengenai nilai dalam Matematik boleh dibaca dengan lebih lengkap dalam buku beliau yang akan dicetak tidak lama lagi, Biografi Agung Syeikh Ahmad al-Khatib al-Minankabawi, seorang pakar Matematik Melayu.

Sayangnya nilai sekularisme yang jauh meresap ke dalam sistem pendidikan kita sejak zaman penjajahan hingga kini menghasilkan golongan sekular yang lebih barat daripada orang Barat.

Namun kita patut bersyukur atas kesedaran yang dimiliki oleh ramai pensyarah Muslim universiti tempatan dalam pelbagai bidang ilmu, hingga mampu mengaitkan ilmu mereka dengan kemanusiaan dan Islam. Lalu gema kebesaran Allah dilaungkan di dalam makmal-makmal sains, komputer dan malah di tengah padang.

Selama dua tahun lebih penjelajahan saya bersama Dr Mat Rofa membawa karya-karya ke tengah masyarakat, kami melihat kesungguhan pelajar-pelajar universiti tempatan menghargai tulisan dan pandangan Dr Mat Rofa. Analisis semula sejarah Melayu, Tanah Melayu dan Islam memberikan kesedaran sejarah agung mereka dan ini memberikan jati diri yang tinggi kepada pelajar-pelajar ini.

Ini kenyataan penulis artikel:
Like politics, religion has no place interfering in places of learning. Pardon me, but why is this trend of adding religious spice to everything only getting worse? It’s certainly not improving our standards.”

Berdasarkan kenyataan ini sahaja, bahawa agama tidak layak ‘masuk campur’ dalam universiti atau pelajaran, saya boleh pertikaikan semula apakah akidah penulis ini masih tetap pada Islam atau tidak?

Ini kenyataan sekular dan sekularisme bukan daripada Islam.

DI BAWAH ADALAH KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH DR MAT ROFA SENDIRI DALAM AKAUN FACEBOOKNYA

I was mentioned about an article entitled “When Local Universities make our children stupid”.

The story goes by saying, according to Mat Rofa, all English words originated from Arabic. The source is explicitly pointing out to his bestseller book Malayonesia.

The Malay Mail Only line has made viral this sensational statements.

The writer also mentioned that the statement was quoted from the bok by a UIAM student group.

Rather unfortunately, the viral statement cannot be found anywhere in the book.

The truth is, so many English classical technical terms in mathematics, physic, chemistry, laws that can be traced to Arabic origins.

Foe examples: algebra (al-jabr), algorithm (alkharizmi), cube (kaab), monsoon (mausim), nitric acid (nitrun), alcohol (al-kuhl), admiral (amir al-bahr), azimuth (al-samt), rice (aruzz), coffee (kahwah), magazine (makhazzin), lemon (limun), cornea (qurnia), colic (qulanj), … and so on.

Even some regions in the world map were named by Arab geographers. For examples: Hawai (al-hawa), Talahanesi (Tallahi), Siberia (Sabariah), Malaga (Mulaqa), Marsaile (Marsa Ali), Manila (Yaamanilah), Malulu (al-Muluk), Johor (Jauhar), Kedah (Qadah) and so on.

Artikel ini telah disiarkan lebih awal di Facebook Rohidzir Rais.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

The post Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh? appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian