Tunggul kayu

Sebatang tunggul kayu tidak bernilai apabila dibiarkan terdampar di tengah padang, dipanah mentari terik, disirami hujan yang membasahi bumi. Tunggul kayu yang sama amat indah, tinggi nilai keseniannya dan mempersonakan mata memandang apabila dijadikan tiang rumah, ditambah seri lagi dengan cat kilat, diukir awan larat. Harganya bertambah berlipat kali ganda kalau dibandingkan ketika terbiar begitu sahaja. Begitulah kehidupan seorang manusia. Dia tidak dihiraukan oleh masyarakat apabila bakat dan kebolehannya tidak digilap dan diasuh supaya mampu menyumbang kepada Islam dan masyarakat. Ramai dalam kalangan anggota masyarakat yang mempunyai kemampuan dan kebolehan yang tidak terfikir oleh kita sebelum ini. Namun yang menjadi persoalan ialah ke mana perginya sang pemungut kayu yang boleh menukarkannya menjadi bahan yang berharga. Kita kekurangan sang pemungut kayu. Bangsa Arab Badwi sebelum kedatangan Islam adalah tunggul kayu yang terbiar. Mereka tebal dengan sifat ...