Perletakan jawatan ADUN Kajang hanya korbankan tenaga dan harta rakyat – Dr. Khairuddin At-Takiri
BANGI, 28 Januari – Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri sangat menyesali dengan tindakan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh, PKR yang meletakkan jawatan tanpa sebab yang munasabah. Dengan perletakan jawatan itu ianya hanya akan menyebabkan berlaku lagi pilihan raya kecil yang akan mengorbankan banyak masa, tenaga dan harta rakyat. Jadi katanya, PKR perlu memberikan penjelasan yang munasabah terhadap apa yang berlaku. Kenyataan beliau yang dipetik dari DPP Official (facebook) menyatakan bahawa sejarah PRU ke 12 yang lalu telah menyaksikan beberapa wakil rakyat dari PKR melompat dan meninggal parti yang mana sekaligus telah merugikan dan menggugat keutuhan Pakatan Rakyat. Dan kini sejarah PRU ke-13 pula dimulakan dengan perletakan jawatan ADUN. Justeru ujarnya, perletakan jawatan ini boleh memualkan rakyat di saat rakyat dibelenggu dengan pelbagai isu negara khususnya melibatkan peningkatan kos sara hidup. Semalam, Speaker Dew