Sirul kerap ‘diganggu’ pihak tertentu dari Malaysia, kata peguam
KUALA LUMPUR, Khamis – Peguam Sirul Azhar Umar yang kini ditahan di Australia, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin mendedahkan anak guamnya itu kerap diganggu oleh pihak tertentu, termasuk dari negata ini. Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Sirul minggu lalu, beliau turut dimaklumkan bahawa ada pihak yang cuba menghubungi anak guamnya itu menerusi telefon, malah ada yang datang ke tempat Sirul ditahan. “Malah, Sirul turut dinasihatkan supaya memecat peguam mewakilinya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sirul dan seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah Hadri atas kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Bjkit Raja, Klang antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi 20 Oktober 2006. Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan penghakiman diumumkan dan kemudian didapati telah berlepas ke Australia, dipercayai pada Oktober tahun lalu. Kehila...