Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Sirul kerap ‘diganggu’ pihak tertentu dari Malaysia, kata peguam

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Peguam Sirul Azhar Umar yang kini ditahan di Australia, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin mendedahkan anak guamnya itu kerap diganggu oleh pihak tertentu, termasuk dari negata ini. Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Sirul minggu lalu, beliau turut dimaklumkan bahawa ada pihak yang cuba menghubungi anak guamnya itu menerusi telefon, malah ada yang datang ke tempat Sirul ditahan. “Malah, Sirul turut dinasihatkan supaya memecat peguam mewakilinya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini. Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Sirul dan seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah Hadri atas kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Bjkit Raja, Klang antara jam 10 malam 19 Oktober 2006 hingga 1 pagi 20 Oktober 2006. Sirul bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan penghakiman diumumkan dan kemudian didapati telah berlepas ke Australia, dipercayai pada Oktober tahun lalu. Kehila

Harga minyak petrol turun lagi mulai tengah malam ini

Imej
BANGI, Khamis – Harga bagi petrol RON 95 turun 10 sen menjadi RM1.85 seliter bermula tengah malam ini. Manakala harga RON 97 yang sebelum ini RM2.45 seliter turun 20 sen menjadi RM2.25 seliter dan harga diesel turun sebanyak 30 sen daripada RM1.90 seliter sebelum ini. Pengurangan itu berikuta harga minyak mentah di pasaran dunia yang terus menjunam. Sumber

Keputusan Mahkamah Rayuan tutup peluang status agama Islam individu dipertikai

Imej
BANGI, Khamis – Keputusan Mahkamah Rayuan semalam, yang memihak kepada perayu berhubung status penukaran agama tiga kanak-kanak kepada Islam, bakal menjadi rujukan penting perundangan pada masa depan. Menyambut baik keputusan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan, berkata keputusan itu dapat mengelak timbul lagi pertikaian terhadap status agama seseorang sama ada membabitkan kanak-kanak atau orang dewasa. Katanya, peluang daripada kes dan keputusan Mahkamah Rayuan itu juga harus dimanfaatkan oleh kerajaan untuk memperkasakan Mahkamah Syariah sekali gus membuka ruang kepada meminda Akta 355 yang dituntut oleh PAS. “Semoga Islam dan seluruh syariatnya dapat dilaksanakan dan semakin teguh di bumi Malaysia yang tercinta ini,” katanya mengulas keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan sijil penukaran agama tiga kanak-kanak kepada Islam, adalah sah. Semalam, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang memutuskan bahawa sijil penukaran agama tiga kanak-kan

Bandar Malaysia masih projek Malaysia, kata 1MDB

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – 1Malaysia Development Berhad menegaskan bahawa Bandar Malaysia Sdn Bhd ‘ialah projek Malaysia’ walaupun 24 peratus kepentingannya dimiliki oleh China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).   Inj kerana, 54 peratus ekuiti Bandar Malaysia dimiliki oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sementara sektor swasta memegang baki selebihnya. Hari ini, syarikat yang dibebani hutang RM42 bilion itu menjual 60 peratus pegangan sahamnya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings berhad (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC). Konsortium itu, yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd, merupakan usaha sama 60:40 antara syarikat Malaysia dan syarikat China itu. IWH adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resource Sdn Bhd dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd, milik kerajaan negeri Johor, manakala CREC adalah antara firma kejuruteraan dan pembinaan terbesar di dunia.

SPRM serah kertas siasatan SRC International, RM2.6 bilion kepada Peguam Negara

Imej
PUTRAJAYA, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes SRC International dan RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak kepada Peguam Negara, hari ini.   Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, berkata SPRM juga mengemukakan beberapa cadangan dan tindakan bagi kedua-dua kes yang membabitkan tiga kertas siasatan untuk tindakan Peguam Negara.   “Justeru, SPRM menaruh keyakinan tinggi kepada Peguam Negara selaku Pendakwa Raya untuk membuat keputusan secara profesional,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.   Bagi kes SRC International, SPRM berpuas hati dengan keterangan daripada lebih 100 saksi.   Semalam, SPRM membentangkan syor dan penemuan siasatan terhadap SRC International kepada panel bebas khas terdiri daripada lima anggota yang mewakili badan-badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, sebelum dikemukakan kepada Peguam Negara. “Mereka merupakan pakar dalam bidan

Selangor, Perlis dapat Setiausaha Kerajaan Negeri baharu

Imej
PUTRAJAYA, Khamis – Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor mulai 4 Januari ini bagi menggantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang bersara pilihan. Pengarah Seksyen Keselamatan Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan dan Pembangunan Tanah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Zamri Khairuddin pula dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, berkuat kuasa pada tarikh sama. Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, Mohd Amin, 54, merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya. “Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1989, beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan kewangan, pengurusan ekonomi, pembangunan serta pentadbiran tanah dan daerah,” katanya. Dalam pada itu, Ali berkata, pelantikan Ahmad Zamri, 53, bagi menggantikan Tuan Romli Dai yang dilantik

Peniaga tipu jual telefon bimbit di Kota Raya didenda RM6,000

Imej
BANGI, Khamis – Susulan kes penipuan telefon bimbit di Kompleks Kota Raya, seorang jurujual didenda RM6000 oleh Mahkamah Majistret di ibu negara, hari ini. Liew Wai Chung, 21, dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Muhammad Faizal Ismail selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhannya menipu seorang pelanggan yang bisu dan pekak. Liew, yang kini telah berhenti kerja, didakwa menipu Shamsol Esham Hashim, 41, pekerja hotel, dalam urusan jualan telefon bimbit buatan syarikat Korea sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang RM400 kepadanya. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kedai Team Spirit Enterprise, Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini pada 3 petang 10 Disember lepas mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, jika disabit kesalahan. Mahkamah turut mengarah

Pelajar kolej didakwa beri sokongan kepada Al-Qaeda

Imej
SEPANG, Khamis – Seorang pelajar kolej di Kaherah, Mesir menjadi individu pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda.   Mohamad Hidayat Azman, 19, pelajar Kolej Markaz Salam di Hayyu Asyir, Kaherah didakwa telah memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Al-Qaeda (Jund Al Aqsa) dengan menjadi ahli kumpulan pengganas itu.   Mohamad Hidayat dari Kuala Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak didakwa melakukan kesalahan itu dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang ke Syria antara 5 Sept 2014 hingga 1 Sept tahun ini.   Tertuduh yang tidak diwakili peguam hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.   Tiada pengakuan direkodkan daripada Mohamad Hidayat, yang didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 130J kanun sama kerana kes itu merupakan bidang kuasa M

2015 tahun suram bagi ringgit

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Tahun 2015 ternyata bukanlah tempoh yang menyebelahi ringgit Malaysia apabila ia dijejaskan kelemahan sentimen pelabur serta faktor luaran dan dalaman, termasuk harga komoditi yang rendah serta prestasi ekonomi global yang suram.   Malah, unit tempatan itu turut diasak tempias jangkaan berpanjangan mengenai kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) serta kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi China yang hanya melemahkan lagi sentimen pelabur terhadap pasaran sedang pesat membangun.   Ketua Penganalisis Pasaran ForexTime (FXTM) Ltd, Jameel Ahmad, berkata andaian yang diketengahkan adalah ringgit menerima tamparan hebat tahun ini dengan faktor luaran menjadi sebahagian besar faktor penyusutannya.   “Biarpun dalam keadaan tertentu pandangan ini ada benarnya, namun kalangan pemerhati perlu maklum bahawa faktor lain seperti kelembapan pertumbuhan ekonomi dan kemungkinan skandal pelaburan kerajaan (merujuk syarikat pelaburan strategik 1MDB atau 1Malaysia

Pemilik lot niaga benar bina laluan bawah Ampang Park, bukan roboh kompleks

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin AMPANG, Khamis – Sekurang-kurangnya 137 daripada 253 pemilik lot perniagaan di kompleks beli belah Ampang Park di sini membuat akuan sumpah membenarkan MRT membuat laluan pejalan kaki di bawah Ampang Park. Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Peniaga-Peniaga Kecil Ampang Park, Wan Kamal Izuddin Wan Ismail, berkata pemaju hanya memiliki 60 lot dan selebihnya adalah milik mereka. Beliau berkata, majoriti pemilik strata di kompleks beli-belah tertua di ibu negara itu tidak bersetuju dengan rancangan merobohkan Ampang Park bagi memberi laluan kepada pembinaan sistem pengangkutan awam di situ. “Mass Rapid Transit (MRT) Corp dalam pertemuan bersama pemilik lot pada November lalu telah membentangkan pelan pembinaan terowong MRT yang tidak akan mengganggu bahagian atas Ampang Park,” katanya kepada pemberita selepas satu demonstrasi aman di sini, hari ini. Demonstrasi itu diadakan tengah hari tadi bertujuan menyelamatkan bangunan bersejarah itu daripada d
Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja parti, Datuk Ab Rauf Yusoh hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan bekas anggota UMNO Langkawi Anina Saadudin terhadap mereka berhubung isu derma RM2.6 bilion.   Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan Najib dan Ab Rauf untuk membatalkan saman itu selepas memutuskan Anina tidak mempunyai kausa untuk memulakan tindakan undang-undang berkenaan kerana dia bukan pegawai awam atau pemegang jawatan dalam UMNO.   Beliau memerintahkan Anina selaku plaintif membayar kos RM5,000 kepada setiap seorang defendan (Najib dan Ab Rauf).   Mohd Zaki berkata beliau bersetuju dengan hujahan peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib dan Ab Rauf bahawa mengikut Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966, sebarang prosiding terhadap sesebuah pertubuhan atau pemegang jawatannya hanya boleh dibawa oleh pegawai awam atau pemegang jawatan dalam pertubuhan itu.  

1MDB jual lagi ekuiti untuk kurangkan hutang berbilion ringgit

Imej
BANGI, Khamis – Syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sekali lagi menjual ekuitinya kepada syarikat tempatan dan asing dalam usahanya untuk mengurangkan hutang berbilion-bilion ringgit. Kali ini, syarikat yang dibebani hutang RM42 bilion itu menjual 60 peratus pegangan sahamnya dalam Bandar Malaysia Sdn Bhd kepada konsortium Iskandar Waterfront Holdings berhad (IWH) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC). Sebelum ini, 1MDB telah menjual semua asetnya, Edra Global Energy Bhd kepada China General Nuclear Power Corp dan anak syarikatnya (CGN Group) bernilai RM9.83 bilion. CGN Group akan membayar dalam tunai, nilai ekuiti RM9.83 bilion dan akan menanggung semua hutang kasar berkaitan dan tunai syarikat operasi Edra, berdasarkan tarikh penilaian pada 31 Mac 2015. Selain penjualan ekuiti dalam syarikat tenaga, pelan rasionalisasi 1MDB termasuk pelaksanaan pertukaran hutang dengan ekuiti, dengan syarikat pelaburan petroleum dari Abu Dhabi, I

TPM umum penubuhan NADMA, selaras pengurusan bencana negara

Imej
KEMAMAN, Khamis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan penubuhan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang akan bertindak sebagai penyelaras kepada agensi kerajaan yang terlibat dengan penguatkuasaan bencana termasuk banjir. Ahmad Zahid berkata agensi tersebut yang kali pertama beroperasi musim banjir kali ini bukan untuk mengambil alih peranan agensi berkenaan, namun ia diwujudkan untuk memastikan segala bantuan mangsa banjir dapat disalurkan dengan lebih efektif dan tersusun. “NADMA diwujudkan bukan untuk ambil fungsi agensi lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), bomba, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi untuk menguruskan dan menyelaras apa juga bencana yang berlaku di negara kita. “Jadi agensi lain tak payahlah kedekut untuk beri pinjam bot atau aset-aset lain kerana semua yang dilakukan ini adalah untuk kebajikan rakyat kita yang terlibat dengan bencana termasuk

Betul! Memang ada anggota polis terbabit, bersubahat: Ketua PPIM

Imej
Oleh Athirah Huda Zalhe BANGI, Khamis – “Apa yang pasti, memang ada polis yang terbabit dan bersubahat dalam hal ini.” Demikian ditegaskan sekali lagi oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, kepada ismaweb.net berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar hari ini. Sambil mempertahankan kenyataannya yang mendakwa ada anggota polis bersubahat dalam kes penipuan di Kompleks Kota Raya, Nadzim berkata beliau bersedia untuk mendedahkan maklumat berkaitan dakwaan itu sebagaimana diminta oleh pihak polis, hari ini. “Polis juga telah menghubungi saya untuk berjumpa. Dan kita telah berjanji untuk bertemu pada Isnin depan jam 4 petang,” katanya ketika dihubungi Ismaweb hari ini. Nadzim bagaimanapun kesal dengan laporan yang dikeluarkan sebuah portal berita liberal hari ini yang dianggap sengaja ingin mensensasikan isu tersebut. BERITA BERKAITAN: Polis arah ketua PPIM beri keterangan “Sebenarnya tiada apa pun. Ia bukanlah beri keterangan sebaliknya me

Pertahan diri boleh, bukan bunuh orang: Ketua Polis Negara

Imej
BANGI, Khamis – Orang ramai perlu memahami hak dan had orang awam mempertahankan diri dalam mendepani kes jenayah supaya tidak sewenang-wenangnya membunuh penjenayah. Hak dan had tersebut seperti yang telah termaktub dalam undang-undang yang diperuntukkan mengikut Seksyen 99 Kanun Keseksaan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata seksyen berkenaan menjelaskan hak dan had mempertahankan diri yang termaktub, bukan saja untuk orang awam tetapi juga anggota polis sendiri. “Ramai orang tidak tahu had hak mempertahankan diri itu. Seksyen 99 Kanun Keseksaan menjelaskan dengan jelas setakat mana hak mempertahankan diri yang boleh digunakan oleh orang ramai. “Bukan saja untuk orang ramai, untuk kami (polis) pun ada hadnya. Hak mempertahankan diri itu bukan mutlak. Jika ada orang nak curi atau samun, kita tidak boleh bunuh mereka sewenang-wenangnya,” katanya dipetik Berita Harian hari ini. Terdahulu, seorang lelaki didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyeran

Pemilik lot niaga di Ampang Park buat akuan sumpah halang perobohan

Imej
Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin AMPANG, Khamis – Sekurang-kurangnya 137 daripada 253 pemilik lot perniagaan di kompleks beli-belah Ampang Park di sini membuat akuan sumpah menghalang ruang niaga mereka diambil untuk dirobohkan. Timbalan Pengerusi Persatuan Kebajikan Peniaga-Peniaga Kecil Ampang Park, Wan Kamal Izuddin Wan Ismail, berkata pemaju hanya memiliki 60 lot dan selebihnya adalah milik mereka. Beliau berkata, majoriti pemilik strata di kompleks beli-belah tertua di ibu negara itu tidak bersetuju dengan rancangan merobohkan Ampang Park bagi memberi laluan kepada pembinaan sistem pengangkutan awam di situ. “Mass Rapid Transit (MRT) Corp dalam pertemuan bersama pemilik lot pada November lalu telah membentangkan pelan pembinaan terowong MRT yang tidak akan mengganggu bahagian atas Ampang Park,” katanya kepada pemberita selepas satu demonstrasi aman di sini, hari ini. Demonstrasi itu diadakan tengah hari tadi bertujuan menyelamatkan bangunan bersejarah itu daripada dirobohkan.

Polis arah ketua PPIM beri keterangan

Imej
BANGI, Khamis – Polis mengarahkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan untuk tampil memberikan keterangan susulan dakwaan yang dibuat beliau berhubung anggota polis bersubahat dalam kes penipuan di Kompleks Kota Raya. Kesal dengan dakwaan demikian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata Nadzim sepatutnya membenarkan polis untuk menyiapkan siasatan berhubung kejadian itu termasuk membabitkan aktivis kumpulan PPIM. “Saya telah memanggil Nadzim selepas membaca wawancaranya di Utusan Malaysia, di mana beliau berkata terdapat ‘musang berbulu’ dalam pasukan polis. “Saya mahu tahu siapa yang dimaksudkannya itu. “Dia boleh beri maklumat tersebut kepada saya atau pergi membuat aduan dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,” katanya dipetik portal liberal hari ini. Sementara Tajudin berkata, penahanan ahli PPIM Yusuf Azmi baru-baru ini merupakan sebahagian daripada siasatan polis. “Penahanan itu dibuat untuk m

VIDEO: Demonstrasi bantah roboh Ampang Park

Imej
Tarikh: 31 Disember 2015, Khamis Sumber

Paling panas di Ismaweb.net sepanjang 2015

Imej
Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin TAHUN 2015 bakal melabuhkan tirai tepat jam 12.00 tengah malam ini. Sebagai pengenalan, Portal Islam dan Melayu ( Ismaweb.net ), tampil ke tengah-tengah masyarakat selaku portal berita yang memberi tumpuan kepada isu-isu semasa, politik, dunia khususnya yang melibatkan Melayu dan Islam. Biarpun baru, Ismaweb berjaya menembusi pembaca-pembaca awam yang lebih luas di negara ini dan negara jiran dengan mengangkat agenda Melayu dan Islam sebagai agenda utama. Ismaweb berjaya menyaingi portal-portal berita lain dalam mengangkat suara majoriti Melayu dan umat Islam, sekaligus menentang arus liberalisme, sekularisme, ajaran sesat dan songsang yang dibawa oleh portal-portal liberal lain. Berikut adalah senarai isu yang mendapat perhatian pembaca dengan pencapaian hit tertinggi dan dibahagikan mengikut kategori; Berita, Artikel, Berita Dunia dan Kata Pedang. BERITA TERPANAS 2015: 1. Azalina, jangan rasa jadi menteri lebih besar daripada kuasa Allah Berita

1MDB: Jual 60 peratus pegangan bandar Malaysia kepada konsortium pada 7.41 bilion

Imej
KUALA LUMPUR, Khamis – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menandatangani perjanjian jual beli saham untuk menjual 60 peratus pegangan Bandar Malaysia Sdn Bhd pada RM7.41 bilion kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd.       Konsortium itu adalah usaha sama 60:40 antara Iskandar Waterfront Holdings IWH (IWH) dan China Railway Engineering Corp (M) Sdn Bhd (CREC).   IWH, pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar, adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resources Sdn Bhd (60 peratus) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40 peratus) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Johor manakala CREC, firma kejuruteraan dan pembinaan, syarikat pegangan milik China.   Perjanjian penjualan tanah 1MDB dengan konsortium itu hari ini menandakan kejayaan besar terakhir dalam rancangan rasionalisasi syarikat seperti yang dikemukakan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015.     1MDB melaksanakan Lembaran Jangka Mengikat dengan International Petroleum Investment

Sidang Kemuncak Bantah TPPA 9 Januari, demonstrasi besar-besaran 23 Januari

Imej
Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin KUALA LUMPUR, Khamis – Satu sidang kemuncak dan demonstrasi besar-besaran bagi menyatakan bantahan rakyat Malaysia terhadap Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) akan diadakan pada 9 Januari dan 23 Januari akan datang. Sidang Kemuncak Bantah TPPA 2016 akan diadakan di Ideal Convention Centra (IDCC) di Shah Alam, manakala perhimpunan aman besar-besaran akan diadakan di Dataran Merdeka. Perkara ini diumumkan pada sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Bantah TPPA, Azlan Awang di Bangsar hari ini. Sidang Kemuncak 2016 akan menampilkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan menyampaikan ucaptama di samping ucapan daripada ahli akademik dan aktivitis seperti Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan Bantah TPPA, Encik Nizam Mahsyar, pakar undang-undang, Prof Gurdial Singh Nijar dan Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid. Sidang kemuncak yang akan dihadiri kira-kir

Asah bakat media, jawab salah faham terhadap Islam

Imej
Oleh: Khairiah Othman JOHOR BAHRU, 31 Dis – Umat Islam memerlukan kepakaran dalam bidang media untuk menangkis fitnah-fitnah yang dilemparkan terhadap umat Islam, memberi kefahaman, menjelaskan dan menyebarkan Islam. Menurut Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Johor, En. Muhammad Rusydi Muhammad Razif, umat Islam di timur tengah dan negara-negara yang lain diserang dengan serangan fizikal. Tetapi umat Islam di Malaysia diserang dengan ideologi dan pemikiran yang merosakkan jati diri umat Islam menerusi sebaran media. “Sebagai contoh isu yang dibawa oleh gerakan-gerakan liberal, syiah dan sebagainya disebarkan menerusi medium-medium media seperti akhbar, poster, video dan website. “Justeru itu, umat Islam digalakkan untuk mengasah bakat dalam bidang media untuk menjawab semula salah faham terhadap Islam yang dibawa oleh gerakan-gerakan yang ingin merosakkan Islam disamping tidak meninggalkan kemahiran-kemahiran yang lain seperti menulis dan berucap bagi memper

Karnival Lepasan Sekolah 2016 bakal dedah persediaan ke IPT

Imej
Oleh: Muhammad Rusydi Muhammad Razif JOHOR BAHRU, 31 Dis – Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) bakal menganjurkan Karnival Lepasan Sekolah (KLS) khusus bagi pelajar-pelajar yang baru menamatkan alam persekolahan. Program tahunan yang telah berlangsung selama tiga tahun berturut-turut itu akan mendedahkan pelajar-pelajar lepasan SPM, STPM dan STAM dengan persediaan memasuki alam kampus seperti tips temuduga dan biasiswa, motivasi hala tuju selepas sekolah, pameran kerjaya, forum ‘Survival Kampus’ dan pelbagai lagi aktiviti yang sarat dengan info dan maklumat yang berkaitan. KLS akan berlangsung di semua negeri di seluruh Malaysia bermula pada 9 Januari 2016 dan berakhir pada 30 Januari 2016. Menurut pengarah program KLS Johor , En. Mohd Aizat Farid Hasan, para pelajar lepasan sekolah seharusnya mengambil peluang ini untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan persediaan sebelum melangkah ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam negara mahupun di luar negara.

PAS tolak cadangan Zahid tubuh jawatankuasa khas kos sara hidup

Imej
BANGI, Khamis – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menolak rancangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengenai kos sara hidup rakyat. Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hasan berkata penolakan itu berasas kerana sebelum ini, sejak Januari 2014 hingga Mei 2015, Kabinet memang telah mempunyai sebuah jawatankuasa khas untuk menangani kos sara hidup rakyat yang telah dipengerusikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun begitu, menurut Nasrudin, sepanjang tahun 2015, tiada sebarang langkah penting dilakukan untuk meringankan kos sara hidup rakyat, sebaliknya kerajaan mengumumkan pelbagai pakej kenaikan harga dan kadar baru yang membebankan rakyat. “Jika jawatankuasa khas sebelum ini berfungsi dengan baik dan seluruh kabinet mementingkan agenda ini, sudah pasti pelbagai langkah telah diambil sejak tahun lalu. “Semua kadar tambang pengangkutan awam dan tol telah meningkat, disusuli dengan ken

Polis Selangor tubuh pasukan khas jejak remaja perempuan diculik

Imej
SHAH ALAM, Rabu – Polis Selangor menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak seorang remaja yang dipercayai dilarikan suspek menaiki van putih di Klang, Ahad lalu. Perkara ini dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Abu Samah Mat, dalam satu kenyataan media hari ini, selepas kehilangan remaja itu menjadi perbualan hangat. Kehilangan Nur Amirah Athirah Abdul Majid, 14 tahun, di Pelabuhan Klang menjadi viral di laman media sosial Facebook dan WhatsApp, sejak kelmarin, selepas dikatakan dilarikan dua lelaki India menaiki sebuah van berwarna putih. Abu Samah berkata, siasatan serta operasi untuk mengesan remaja terbabit sedang giat dijalankan. “Justeru, polis meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut,” katanya. Beliau berkata, orang ramai juga diminta menyalur sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah

Tempoh 6 bulan janji Najib selesai masalah kewangan 1MDB sudah tamat

Imej
BANGI, Rabu – Bekas ahli UMNO, Anina Saadudin berkata, tempoh enam bulan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengotakan janjinya menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah sampai kepenghujungnya. Dalam kiriman melalui Facebook beliau hari ini, Ainina berkata, rakyat Malaysia kini sedang menanti janji yang pernah dilafazkan Najib untuk menyelesaikan masalah kewangan 1MDB dalam tempoh enam bulan. Katanya, tempoh enam bulan itu sudah sampai dan Perdana Menteri mesti mengotakan janjinya. “Rakyat negara ini tidak menantikan bunga api sambutan tahun baru, sebaliknya mereka menunggu janji-janji Najib bahawa 1MDB akan berjaya mengatasi masalah kewangannya menjelang 31 Disember 2015… enam bulan dari tarikh janji tersebut diucapkan,” katanya. Najib sebelum ini pernah melafazkan janji sebanyak dua kali untuk menyelesaikan kemelut berkait hutang1MDB dalam tempoh enam bulan. Kali pertama beliau dilapor pernah meminta tempoh enam bulan itu diberikan ialah dalam satu