Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Program Bakul Ramadhan 2018 Sekitar Kota Bharu

Imej
Kota Bharu – Gabungan NGO-NGO Yayasan Ikhlas, Wanita ISMA Kota Bharu dan I-Medik Kelantan telah berjaya meneruskan program tahunan mereka iaitu Program Bakul Ramadhan(BR). Kali ini program ini diadakan secara berperingkat. Majlis penyerahan sumbangan BR telah berlangsung di beberapa tempat di sekitar Kota Bharu. Pada 7 Jun, sumbangan diserahkan kepada para penerima di Surau Sungai Keladi dan pada 8 Jun pula di Pejabat ISMA Kota Bharu. Bantuan diagihkan kepada kira-kira 123 orang penerima selama 2 hari majlis ini diadakan. Pengurus Yayasan Ikhlas Kelantan, Ustaz Abdul Rahman Iskandar dan Ustazah Asmahriah Wan Ibrahim, Ketua Wanita ISMA Kota Bharu, telah sudi hadir dan mewakili gabungan NGO-NGO ini untuk menyampaikan sumbangan kepada para penerima daripada golongan yang kurang berkemampuan. Ustaz Abdul Rahman menzahirkan rasa syukur kena program ini berjalan lancar dan beliau berterima kasih kepada para penyumbang dan AJK yang bertungkus lumus mengendalikan program BR 2018. Beliau

Program Bakul Ramadhan Di Kubang Kerian

Imej
Kubang Kerian, 10 Jun – Dengan slogan ” Gandakan pahala di bulan mulia”, gandingan I-Medik Kelantan, Yayasan Ikhlas dan Wanita ISMA Kota Bharu telah menjayakan kempen Bakul Ramadan 2018. Program ini berhasil mengumpulkan dana sumbangan daripada orang ramai untuk diagihkan kepada golongan yang kurang berkemampuan. Lebih daripada 100 orang yang kebanyakannya adalah terdiri daripada pesakit kronik, pesakit kanser dan fakir miskin di sekitar Kelantan,  telah menerima sumbangan berupa bantuan keperluan asas. Program ini disasarkan ke beberapa kawasan dan peringkat. Kali ini, majlis berlangsung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Adalah dimaklumkan, tahun ini adalah tahun kedua berturut-turut diadakan di hospital universiti ini. Majlis ini diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat Profesor Dato’ Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Kampus Kesihatan USM, Pengurus Yayasan Ikhlas Ustaz Abdul Rahman Iskandar dan wakil I-Medik Kelantan, Dr Wan Mohd Nazri Wan Zainon. Majlis penyerahan su

PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN ISMA TAHUN 2018 (1439H)

Imej
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين، أما بعد اللهُ اكبَرْ, اللهُ اكبَرْ اللهُ اكبَرْ اللهُ اكبَرُوَللهِ الحَمْد السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Saya mewakili keluarga dan warga ISMA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia serta seluruh muslimin dan muslimat di mana sahaja mereka berada. Muslimin-muslimat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan untuk meraikan hari kebesaran dan kemenangan umat Islam dalam keadaan aman. Mudah-mudahan amalan kita diterima dan mendapat keampunan di sisi Allah SWT. Semoga ia menjadi bekalan penting kepada kita di dunia dan akhirat. Hari Raya Aidilfitri adalah hari untuk kita meraikan kemenangan besar di mana kita diberi pengampunan, menjadi suci bersih seperti di awal kelahiran kita. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang diterima oleh Allah SWT. اللهُ اكبَرْ, اللهُ اكبَرْ اللهُ اكبَ

NGO ISLAM DAN PEJABAT AGAMA MUAFAKAT ANJUR PROGRAM SEMPENA RAMADAN, BERI SINAR KEPADA BELIA DAN GOLONGAN MEMERLUKAN

Imej
Oleh: Adli Adnan Johor Bahru, 2 Jun – Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) cawangan Johor telah berjaya menganjurkan satu program khas sempena Ramadan yang bertempat di Dewan Kompleks Islam, Pusat Islam Iskandar Johor Bahru pada hari Sabtu yang lalu. Program anjuran bersama dengan pelbagai pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan seperti YADIM, Aman Palestin, Yayasan Ikhlas, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru dengan sokongan daripada Jabatan Agama Islam Johor telah membuktikan bahawa agensi kerajaan dan bukan kerajaan boleh sebulat suara dan bermuafakat dalam perkara yang menguntungkan Islam dan umat. Program yang telah berlangsung selama satu hari ini telah disajikan dengan pelbagai jenis aktiviti yang menarik antaranya Forum Ramadan, serahan Bakul Kasih Ramadan dan juga persembahan nasyid bagi menghiburkan para hadirin yang datang. Seramai 550 orang peserta telah hadir bagi memeriahkan program anjuran Pembina kali ini. Melalui penganjuran program sebegini, Pembina berharap p

Isma salur sumbangan RM 13,500 kepada asnaf sekitar Kuantan

Imej
  Oleh Shuhaimi Shaedon KUANTAN, 4 Jun – “Pada tahun ini kita telah berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM 13,500 dan disalurkan dalam bentuk barangan keperluan dapur serta wang tunai kepada sejumlah 95 keluarga asnaf di sekitar kawasan Tanjung Lumpur dan Bukit Setongkol. “Jumlah yang terkumpul ini sebahagiannya disumbangkan oleh ahli sendiri dan juga masyarakat sekitar yang prihatin terhadap golongan-golongan yang memerlukan bantuan,” ujarnya. Demikian menurut Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Kuantan, Dr Mohamad Nor Sundari ketika menyampaikan ucapan di Program Bakul Kasih Ramadan anjuran Yayasan Ikhlas dengan kerjasama Isma Kuantan, Ikatan Pengamal Perubatan dan Sains Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Aneka Jaya 35 di sini semalam. Katanya, sebelum ini pihak Isma telah membuka peluang kepada seluruh masyarakat untuk memberikan sumbangan melalui Yayasan Ikhlas dan kesemua sumbangan tersebut telah diuruskan untuk