Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2019

Bawean antara suku kaum Melayu di Selangor

5 ahli ISMA Subang Jaya terima tauliah JAIS

Imej
Oleh: Afzal Eizaaz Abdul Ghani SUBANG JAYA, 31 Julai – Serama 5 orang ahli ISMA Cawangan Subang Jaya berjaya memperoleh tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), baru-baru ini. Mereka ialah Ustaz Ahmad Naim Bin Mohd Rais, Encik Ahnaf Bin Qais, Ustazah Siti Khairanie Binti Amran, Puan Maizatul Arniza Binti Mohd Badri dan Puan Alia Nurfarahain Binti Mohd Rujhan. Tiga daripada mereka berjaya memperoleh tauliah untuk mengajar Al Quran manakala dua lagi ahli ISMA Subang Jaya berjaya memperoleh tauliah untuk mengajar Fardhu Ain. Menariknya, tiga daripada lima orang ahli ISMA Subang Jaya tersebut tiada gelaran Ustaz mahupun Ustazah berjaya memperoleh tauliah tersebut. Yang Dipertua ISMA Subang Jaya, Ustaz Muhd Farhan Muhd Fadhil berharap agar pertambahan ahli-ahli yang memiliki tauliah ini mampu menyantuni masyarakat yang memerlukan didikan agama.       Sumber

Dekati Sukan Tradisional bersama Nazim DHL

Imej
Oleh : Intan Syazwani Azmee BANGI, 28 JULAI 2019 – Karnival Sukan Tradisional 2019 anjuran Kelab Anak-Anak Hebat Daerah Hulu Langat (NAZIM DHL) telah berlangsung di Padang Surau Al-Amirin, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Ahad lalu. Seramai 48 orang peserta kanak-kanak telah terlibat memeriahkan Karnival Sukan Tradisional pada tahun ini. Sebanyak lapan acara telah dipertandingkan yang mana empat acara bagi peserta lelaki dan empat acara bagi peserta perempuan. Antara acara dipertandingkan ialah tarik gegantung, konda-kondi, baling tin, tarik tali, jalan susun bata, jalan tempurung kelapa, galah panjang dan batu seremban. Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia cawangan Daerah Hulu Langat (ISMA DHL), Tuan Haji Majid Jantan. Dalam ucapannya, beliau telah menekankan keterlibatan ISMA dalam aktiviti kemasyarakatan serta berharap agar karnival sukan sperti ini akan dapat melibatkan peserta dari surau-surau di sekitar Bangi pada masa yang akan datang.

Sikap bisu pemimpin PH seperti ‘restu’ Nabi dihina: Pemuda Isma

Imej
BANGI, 26 Zulkaedah 1440H, Isnin  – Sikap membisu pemimpin muslim dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), seolah-olah ‘merestui’ tindakan pihak tidak bertanggungjawab menghina agama Islam dan Nabi Muhammad ﷺ. Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Arifin Manan berkata, kes penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad ﷺ bukanlah kali pertama berlaku, bahkan dilihat semakin berleluasa sejak PH memerintah. Beliau kesal apabila sehingga kini kerajaan dilihat seperti memandang ringan tindakan berani pihak biadab memperlekehkan Islam, dan sengaja mencetuskan ketegangan kaum. “Sehingga ke tahap ini, pemimpin muslim dalam kerajaan tidak langsung bersuara tegas seperti mana mereka menuntut hak-hak tertentu yang memihak kaum dan agama lain. “Kes sebegini yang mengguris hati umat Islam harus segera ditangani bagi mengelakkan ketegangan kaum semakin memuncak,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas tindakan akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Wendy Loong’

UMNO tolak DAP jadi rakan politik selari syariat Islam: Isma

Imej
Gambar ehsan ismaweb.net BANGI, 26 Zulkaedah 1440H, Isnin –  Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana menyambut baik pendirian UMNO menolak kerjasama dengan parti tamak haloba, DAP sekiranya Pakatan Harapan (PH) mahu parti itu menyertai gabungan berkenaan. Amir Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, pendirian UMNO untuk tidak menerima DAP sebagai rakan politik adalah selari dengan kehendak syariat Islam dan kepentingan umat. “Isma sokong keputusan UMNO tidak menjalinkan sebarang kerjasama politik dengan PH selagi DAP menjadi rakan kongsi politik PH. “Membawa DAP menguasai politik negara adalah satu dosa, dan bakal menghancurkan masa depan negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada Ismaweb. Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya meletakkan tiga syarat kepada PH sekiranya mahu parti itu menyertai gabungan yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, tiga syarat berkenaan adalah menolak DAP seb

ISMA MERAFAK SEMBAH TAKZIM DAN UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG KE-16

Imej
1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) merafak sembah takzim dan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan mengalu-alukan pertabalan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sebagai Yang Di-Pertuan Agong XVI. Sesungguhnya YDPA adalah lambang kepada kesatuan ummah dan keabsahan agama Islam di negara ini. 2. ISMA yakin seluruh raky at jelata berasa bangga dengan pertabalan Tuanku dan mendoakan agar Yang Di-Pertuan Agong serta Permaisuri sentasa diberikan hidayah dan petunjuk dari Allah untuk memimpin negara ini. 3. Seruan Ke Bawah Duli Tuanku agar rakyat bersatu-padu amatlah tepat ketika umat islam di dalam negara ini sedang berpecah belah. Semua pimpinan di setiap peringkat harus mengambil secara serius seruan ini. Hanya dengan kesatuan semua kaum akan membawa kemakmuran di negara tercinta ini. 4. Rakyat juga mengharapkan melalui pimpinan Ke Bawah Duli Tuanku ini akan dapat mengangkat Islam ke

Rakyat nak berjimat tapi menteri tak faham: Aminuddin

Imej
BANGI, 22 Zulkaedah 1440H, Rabu  – “Menteri Kewangan kata kita kena berbelanja supaya ekonomi meningkat. Tapi beliau tahu atau tidak, rakyat bukan berjimat tapi sebenarnya memang tidak cukup duit nak belanja.” Demikian bidas Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya mengulas kenyataan Lim Guan Eng, kononnya ekonomi Malaysia akan jatuh merudum sekiranya rakyat tidak berbelanja. Guan Eng berkata, rakyat perlu pandai menguruskan kewangan masing-masing walaupun ia sesuatu perkara yang agak sukar dilakukan. “Kalau hendak rakyat berjimat sahaja, saya rasa ekonomi Malaysia akan merudum. Ini kerana kita mahu dari segi penggunaan dan perbelanjaan mereka dapat meningkatkan ekonomi negara,” katanya. Pelik dengan sikap menteri kewangan, Haji Aminuddin yang juga Pengerusi UMMAH mengingatkan Guan Eng bahawa pengangguran sahaja sudah cecah 521,000 orang. “Ringgit masih lemah. Projek-projek masih tidak berjalan, kalau berjalan pun dapat pada kroni-kroni sahaja. Kalau rakyat

Ahli-ahli ISMA bertanggungjawab bawa naratif Islam yang syumul

‘Kita nak promosi produk muslim bukan nak boikot produk lain’

Imej
KUALA LUMPUR, 21 Zulkaedah 1440H, Selasa  – Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Koperasi Al-Hilal (KOHILAL) dan Abata, dalam usaha melaksanakan Kempen Beli Produk Muslim.   Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya berharap dengan pelaksanaan kempen ini produk muslim yang kurang mendapat tempat di pasaraya, akan mendapat manfaat menerusi platform yang dilancarkan. “Potensi sangat besar, ‘market’ produk halal ini berbilion-bilion, di Malaysia sahaja terdapat 60 peratus penduduk Islam.   “Saya yakin ‘demand’ produk halal tinggi. Kita nak lahirkan jutawan. Kita akan jemput lagi ribuan produk. Kita nak lawan Lazada. Kita bukan nak boikot produk orang lain. Kita cuma nak promosikan produk muslim dan berikan alternatif di pasaran,” katanya. Sementara itu, Sekretariat UMMAH, Mohd Zai Mustafa mengakui tujuan utama MoU adalah bagi menggiatkan kempen membeli produk muslim kepada umat Islam seluruh negara. Ia juga dapat membantu pengeluar

Poster Hina Nabi: Pemuda ISMA Subang Jaya buat laporan polis

7 Resolusi Muzakarah Ijtimak Ulama UMMAH

Imej
Ijtimak Ulama’, Daie Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang bermuzakarah pada 13 Julai 2019, telah mencapai kata sepakat meminta umat Islam bersatu padu bagi menghadapi pelbagai isu yang menggugat kedaulatan Islam pada masa akan datang. Sebanyak 7 rumusan dicapai dalam muzakarah tersebut, iaitu: 1. Melahirkan kebimbangan terhadap keadaan agama Islam yang dilihat semakin hari semakin ditekan, baik dari aspek perundangan dan Perlembagaan, sosial mahupun sistem pendidikan negara; 2. Meminta umat Islam bersatu dengan mengetepikan perbezaan kecil supaya mampu menghadapi serangan daripada musuh yang ingin memusnahkan Islam; 3. Menyokong atas segala usaha yang dilakukan oleh pihak UMMAH dalam mengangkat Islam ke tahap yang lebih tinggi. Ini termasuk dalam memperkukuhkan institusi ulama, pondok dan warisan perjuangan ulama terdahulu; 4. Berusaha untuk bekerjasama dalam UMMAH bagi menyebarkan kesedaran di kalangan umat Islam seluruhnya terhadap kegawatan agama Islam dengan meluasnya pemikiran

Seruan ‘Perpaduan Ummah’ Tun M – Satu renungan buat kita semua

Imej
Apabila Tun Dr Mahathir menyeru orang Melayu agar bersatu demi kepentingan bangsa, ramai pemimpin-pemimpin politik baik dari kerajaan mahupun pembangkang menjadi kelam kabut. Bagi pemimpin kerajaan, mereka bimbang akan kemasukkan ahli-ahli parlimen UMNO ke dalam BERSATU yang akan menjadikan parti berkenaan dominan dalam Pakatan Harapan (PH). Sudah pasti kuasa DAP dan PKR dalam PH akan tergugat yang akhirnya menyebabkan susah untuk mereka menuntut dan mendesak ‘hak-hak’ mereka dari Tun Mahathir. Mungkin juga akan berlaku rombakan kabinet yang menyebabkan mereka akan terpinggir diganti oleh ahli-ahli parlimen BERSATU. Agenda mereka untuk merampas kepimpinan negara akan gagal. Sebab itu kita lihat mereka terlompat-lompat keresahan menyanggah saranan Tun ini. Bagi pihak pembangkang (UMNO dan PAS) pula, ia hanyalah dilihat satu strategi Tun untuk memecahkan program ‘Perpaduan Ummah’ yang berlaku antara mereka. Sehingga kini, mereka seolah-olah mendapat nafas baru apabila program perpadua

Sokongan kepada bapa Adib untuk membawa Tommy Thomas ke muka pengadilan

1. Kita menyokong sepenuhnya tindakan bapa Allahyarham Adib untuk membawa Tommy Thomas ke muka pengadilan atas tindakan-tindakan tidak profesional beliau yang dilihat melanggar prosiding mahkamah. 2. Kita bimbang tindakan Tommy Thomas itu akan memberi kesan kepada keputusan inkues dan menghalang keadilan yang sepatutnya ditegakkan buat Allahyarham dan pihak keluarga. 3. Kes ini merupakan kes berprofil tinggi dan menjadi isu nasional. Maka, Peguam Negara tidak sepatutnya ada keberanian untuk campur tangan. 4. Tindakan keluarga Adib ini memberikan petunjuk kepada kita bahawa terdapat ketidak puashatian terhadap perjalanan inkues yang dilihat telah diganggu oleh Peguam Negara. 5. Moga dengan usaha oleh bapa Allahyarham Adib ini dapat memberikan impak dalam mencapai keadilan seterusnya mengheret semua pesalah yang terlibat mahupun yang berkomplot. # Justice4Adib Petisyen:  bit.ly/TommyThomasUndur Aminuddin Yahaya Presiden ISMA / Pengerusi UMMAH 17 Julai 2019 Sumber

Sambutan Aidilfitri Isma PD sederhana tetapi meriah

Imej
Oleh Habsah Abdul Shaer PORT DICKSON, 21 Jun. – Majlis sambutan Aidilfitri Isma cawangan Port Dickson telah diadakan secara sederhana tetapi cukup meriah dengan kunjungan tetamu kira-kira 300 orang dari sekitar Port Dickson dan Seremban. Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam ini diserikan dengan persembahan nasyid dari beberapa orang ahli Isma Port Dickson secara solo dan berkumpulan. Turut hadir memeriah majlis sambutan aidilfitri ini adalah Naib Presiden Isma, Prof Dr. Zainur Rashid Zainuddin, NGO-NGO lain dan AJK masjid dan surau yang berdekatan. YDP Isma Port Dickson, En. Ja’far Suradi dalam ucapan alu-aluannya menyeru agar berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar bagi menyelamatkan umat Islam dari perpecahan akibat pengaruh fahaman Islam Liberal pada masa kini. “Ambillah kesempatan sempena aidilfitri ini untuk kita memperkukuhkan perpaduan, menjalinkan silaturrahim dan mengeratkan hubungan sesama kita,” “Hari Raya Aidilfitri juga adalah hari untuk kita meraikan k