Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Drug decriminalization – Is This What We Need?

Imej
    I refer to the recent statement by the Youth and Sports Minister that the government plans to set up a committee to hasten legal amendments that would decriminalize drug addiction and I read it with a big exclamation mark. I must say this is a very bold and brave move in a country like Malaysia which lies in a sea of poorly reinforced drug regulation from neighbouring countries.   A central feature of drug decriminalization lies in harm reduction which support the use of fines or other punishments to replace imprisonment. Proponents of drug decriminalization often propose systems whereby illegal drug users who are caught would be fined, but would not receive a permanent criminal record as a result. Only those caught drug trafficking, manufacturing or possessing a large number of drugs will be prosecuted by the law. This effort distinguishes between ‘drugs for personal use’ and handling drugs illegally at a larger scale.   At a very superficial level, does it ever make sense tha

Tiga Beradik Huffaz Cemerlang di Majlis Hafazan al-Quran

Imej
Oleh Syarifah Hawa A Latip HULU BERNAM, 25 Okt – Nadhiroh binti Mohd Asri, 23, telah meraih Johan Hafazan Wanita kategori 1 hingga 30 juz di Majlis Hafazan dan Tilawah al-Quran peringkat Daerah Hulu Selangor, semalam. Majlis yang berlangsung di Masjid Jamek Ar-Rahman, Hulu Bernam itu turut menyaksikan kejayaan adiknya, Ahmad Solahuddeen bin Mohd Asri, 16, sebagai pemenang tempat ketiga hafazan lelaki kategori 1 hingga 30 juz. Abdullah Yusoff, Johan Tilawah Hafazan al Quran peringkat daerah Gombak Terdahulu, Abdullah Yusuff bin Mohd Asri, 14, telah pun meraih Johan Hafazan kategori lelaki 1 hingga 30 juz di Majlis Hafazan dan Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Gombak. Nadhiroh merupakan pelajar jurusan Sejarah dan Ketamadunan di Univeriti Islam Antarabangsa Malaysia serta bertugas sebagai Penyelia Hafazan al Quran di Maahad Tahfiz AL Fateh. Ahmad Solahuddeen dan Abdullah Yusoff pula merupakan pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Fateh, Batang Kali yang baru sahaja menerima ijazah

Perjuangan wanita bermula dari rumah

Imej
RUMAH  dan keluarga adalah nukleus sesebuah masyarakat. Jika baik pusat pendidikannya maka baiklah masyarakat itu. Perjuangan wanita adalah bermula dari rumahnya sebelum ia berjuang di luar rumah. Perjuangannya di dalam rumah adalah perjuangan membentuk anak-anak dan perjuangan menjadi seorang isteri yang solehah. Kehidupan wanita tidak boleh terpisah dari kehidupan di rumah. Rumah ibarat jiwa dan roh bagi seorang wanita. Kehidupan di rumah yang dipenuhi dengan emosi dan perasaan selari dengan fitrah seorang wanita. Kita sedia maklum bahawa Allah SWT telah menjadikan wanita itu diciptakan mempunyai emosi dan perasaan yang tinggi, serta hati yang lebih lembut berbanding kaum lelaki. Emosi dan perasaan itu hakikatnya amat diperlukan oleh wanita dalam ia menunaikan tugasnya yang asasi di rumah. Wanita sebagai pembimbing anak-anak Tugas ibu yang mengandung, menyusu serta memelihara anak-anak amat memerlukan kepada perasaan yang halus, rasa sensitiviti dan emosi yang tinggi. Sehingga s

Perkukuh Hubungan Kekeluargaan Menjamin Kesihatan Mental Anak-Anak

Imej
Beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan laporan seorang pelajar perempuan di Johor Bahru yang berusia 10 tahun yang berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dari terjun bangunan kerana ingin membunuh diri. Kejadian tersebut yang berpunca daripada konflik pelajar tersebut dengan ibunya, dipercayai mengenai telefon bimbit. Pada bulan Ogos tahun ini juga, seorang pelajar berumur 13 tahun telah menggantung dirinya di dalam bilik air di rumahnya sebelum dijumpai oleh bapa mangsa sendiri. Kedua-dua kes ini sudah tentunya menimbulkan pertanyaan, adakah golongan kanak-kanak dan remaja juga boleh menghidap tekanan mental? Secara psikologinya, anak-anak yang menginjak umur 10-12 tahun sudah mula berada di tahap mencari identiti diri dan menghampiri kematangan tertentu. Fasa ini juga dikenali sebagai fasa pre-puberty atau pra-remaja, di mana mereka melalui konflik emosi dan fizikal yang semakin berkembang. Kanak-kanak usia ini juga senang dipengaruhi rakan-rakan dan mempunyai ‘mood swing’

Wanita Tunggak Kesejahteraan Negara dan Masyarakat

Imej
Oleh : Nursyazana Jamaludin BANDAR DATO ONN, 2 Safar 1441 – Seminar Wanita Islam (SERWANIS) anjuran Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor Bahru telah berjaya menghimpunkan lebih daripada 200 orang peserta di Malaysian College of Hospitality and Management (MCHM), Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru pada Sabtu lepas. Ustazah Suriani binti Sudi, Ketua Wanita ISMA ketika ucaptama memberi penjelasan mengenai slogan Wanita ISMA yang terkini iaitu Perjuangan Bermula Dari Rumah.”Wanita itu tunggak keluarga di rumah. Masyarakat yang baik bermula dari rumah yang baik. Jadi kita mesti memperbaiki rumah dahulu baru boleh memperbaiki masyarakat di luar sana”. Beliau juga menekankan tentang keperluan para wanita untuk mempunyai masa yang khusus untuk menuntut ilmu melalui program-program dan seminar-seminar pembinaan jati diri wanita. “Gunakanlah waktu malam pula untuk bermunajat dengan Allah sebagai ‘me-time’ yang berharga”. SERWANIS turut mengupas tajuk ‘Di Mana Bahagia Seorang Wan

Gajet Rencatkan Pembangunan Kognitif dan Psikomotor Kanak-kanak

Imej
  Prof Madya Dr. Zulaiha Ali Othman dalam program Serwanis anjuran Wanita Isma Ipoh   Oleh: Shafa Ayeop IPOH, 20 Oktober, Ahad – Perkembangan teknologi digital yang semakin pesat telah banyak merubah cara hidup manusia. Tidak dinafikan bahawa teknologi digital juga telah membantu menyelesaikan banyak perkara terutamanya dalam hal berkaitan komunikasi. Gajet merupakan alat peranti yang semakin popular di kalangan masyarakat. Ia bukan sahaja digunakan oleh golongan dewasa malahan kanak-kanak juga telah didedahkan dengan penggunaannya. Ramai dalam kalangan ibu bapa memberikan gajet kepada anak-anak di awal usia kerana beranggapan ianya mampu menyumbang kepada perkembangan minda mereka. Ketua Unit Maklumat Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Zulaiha Ali Othman menyifatkan tanggapan ini adalah tidak benar. “Kanak-kanak yang berusia tiga tahun ke bawah tidak seharusnya diberikan gajet. Pada usia satu hingga tiga tahun, pertumbuhan sara

The problem with the Piala Tun Razak debate motions

By now, most of us should be aware of the controversy that was sparked by the 2019 Piala Tun Razak debate motions. Following the controversy, the two co-chief adjudicators; Aidil Ali and Iyad Zakiy came out with an apology statement. If you haven’t read it yet, it was a three page explanation basically saying “sorry, not sorry” and trying to justify what they did. As a former debater, I do think that debate motions are moving towards being more liberal by the year. I had been involved in debate competitions for five years, both as a participant and adjudicator in national and international competitions. Yet I have not come across motions that were close to the ones introduced by Aidil Ali and Iyad Zakiy on rewriting the quran and homosexuality. They mentioned that other competitions had similar motions like “This House believes that birth lottery should be a legitimate defense for the non-believers in the Afterlife”. If this is true, then the debate scene has definitely been much

Wanita Isma komited atasi stres di kalangan para wanita

Imej
Oleh Hazwani Liana Abbas KUANTAN, 9 Okt. – Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) akan terus komited dalam usaha untuk mengatasi masalah stres di kalangan para wanita yang merupakan aset penting negara. Ketua Wanita Isma Kuantan, Ustazah Norhayati Ahmad Salleh berkata ia adalah kerana wanita pada hari ini memainkan peranan yang  penting dalam pembentukan masyarakat seperti isteri serta ibu yang bekerjaya. “Untuk itu, para wanita perlu ada kefahaman yang luas dalam menguruskan tanggungjawab supaya dapat melahirkan institusi keluarga dan negara yang sejahtera. “Oleh kerana itulah, kita mengambil inisiatif mendekati para wanita di dalam masyarakat dengan mengadakan program sokongan dari segi emosi, ekonomi dan juga spiritual mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan di Seminar Wanita Islam 2019 (SERWANIS) anjuran Wanita Isma di Dewan Barakah, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) di sini baru-baru ini. Beliau berkata, hasrat besar ini memerlukan kerjasama

KENYATAAN MEDIA – BARISAN JAWATANKUASA MAJLIS ULAMA ISMA (MUIS) BAGI SESI 2019-2023

Imej
KENYATAAN MEDIA   BARISAN JAWATANKUASA MAJLIS ULAMA ISMA (MUIS) BAGI SESI 2019-2023   Sukacita diumumkan senarai ahli jawatankuasa tertinggi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) yang baharu bagi sesi 2019-2023.   Pengerusi:  Sahibus Samahah Ustaz Hj. Zamri Hashim Timbalan Pengerusi:  Ustaz Dr. Hj. Mohd. Soberi Awang Naib Pengerusi 1:  Ustaz Mohd Suhail Sufian Naib Pengerusi 2:  Ustazah Nur Fatin Halil Setiausaha Agung:  Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi Penolong Setiausaha:  Ustaz Mohd Firdaus Zalani   Sahibus Samahah Ustaz Hj. Zamri Hashim adalah seorang tokoh ulama berkaliber yang merupakan Timbalan Mufti Perak. Beliau sangat aktif dalam bidang fatwa dan dakwah, serta kolumnis tetap di akhbar Berita Harian. Ustaz Dr. Hj. Mohd Soberi Awang adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Beliau mempunyai jaringan perhubungan yang luas dengan ulama-ulama Timur Tengah dan juga nusantara. Ustaz Mohd Suhail Sufian, seora

Doktor, suami saya kena solat ke kalau dia tak sedarkan diri ni..?

Imej
“Doktor, suami saya ni kena solat ke kalau dia tengah ditiub dengan tak sedarkan diri ni” “Owh, panjang nak bercerita kalau macam ni”.. ===========================  ۚ إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (Surah An-Nisa’: Ayat 103) Antara cabaran bagi pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi adalah melaksanakan solat dalam waktunya. Bagi sebahagian pesakit, mereka ini ditidurkan atau ditenangkan dengan menggunakan ubat penenang ( sedation ) yang mana akan merendahkan tahap sedar mereka. Di dalam bidang perubatan, tahap sedar seseorang diukur menggunakan Glascow Coma Scale, di mana tiga bahagian diberikan markah, tahap pembukaan mata, secara spontan, dengan panggilan atau dengan mengenakan kesakitan. Selain itu pemarkahan dari sudut percakapan, mampu bercakap, percakapan yang melalut atau sekadar bunyi sahaja. Tahap sedar juga diuku