ADUN Bukit Besi tidak tahu isu lombong bijih besi


BANGI, 24 Nov – Ahli Dewan Undangan Bukit Besi, Roslee Daud mengatakan tidak menerima sebarang maklumat berkenaan dakwaan keterlibatan syarikat CAA Resources yang telah membuka semula lombong bijih besi dan mengeluarkan bijih sebanyak 500,000 tan setahun di Bukit Besi, Dungun, Terengganu.

Katanya, beliau hanya mengetahui tentang itu apabila tersebarnya di blog serta media sosial.

“Saya sendiri tidak menerima sebarang maklumat dari kerajaan negeri berkenaan perkara itu,

“Jadi saya akan bangkitkan isu tersebut pada mesyuarat exco Rabu ini,” tegasnya ketika dihubungi.

Jumaat lalu, sebuah akhbar luar negara menyiarkan artikel bertajuk ‘Chinese Interests Look to Malaysia For Cheap Iron Ore, And Profits’. Kandungan artikel itu kemudian diterjemah ke dalam Bahasa Melayu menyatakan bahawa syarikat CAA Resources telah  membuka semula lombong bijih besi awal tahun ini dan mengeluarkan bijih sebanyak 500,000 tan setahun di Bukit Besi.

Ketua Eksekutif CAA, Li Yang juga ada mendakwa pernah membayar sejumlah AS$100,000 (RM336,250) kepada beberapa ahli politik bagi mendapatkan gelaran Datuk bertujuan untuk memudahkan operasi lombong miliknya.

Sementara itu, lapor Bernama, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini menafikan pembabitan syarikat CAA Resources dalam aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi itu.

Menurut Datuk Ahmad, dakwaan yang menyatakan syarikat CAA Resources kononnya membuka semula lombong bijih besi awal tahun ini dan mengeluarkan bijih sebanyak 500,000 tan setahun itu adalah tidak benar sama sekali.

Katanya, kerajaan negeri Terengganu tidak pernah meluluskan kawasan lombong kepada syarikat itu dan hasil carian rekod daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati syarikat itu tidak diperbadankan di negara ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian