ISMA Kuala Terengganu anjur Karnival 3K di Masjid Taman Pemin Jaya esok


KUALA TERENGGANU, 27 Nov - Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kuala Terengganu akan menganjurkan Karnival 3K bertempat di Masjid Taman Pemin Jaya, Chendering, Kuaa Terengganu pada hari Jumaat, 28 November 2014.

Karnival ini merupakan anjuran bersama ISMA Kuala Terengganu, JKKK Taman Pemin Jaya dan Masjid Taman Pemin Jaya, dengan kerjasama Aman Palestin Terengganu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kuala Terengganu, Ikatan Pengamal Perubatan dan Sains Kesihatan Malaysia (I-Medik) Terengganu dan Persatuan Pembelajaran Pascasiswazah Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (PGMES HSNZ).

Bertemakan 'Kesihatan, Kekeluargaan dan Kemasyarakatan', program ini menampilkan aktiviti-aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma, pertandingan street soccer untuk belia dan remaja, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan pertandingan gubahan kek untuk kaum ibu.

"Kami memilih masjid sebagai one stop center untuk Karnival 3K dengan hasrat masyarakat dapat melihat fungsi dan peranan masjid yang lebih luas, dan bukan hanya terbatas kepada aktiviti solat dan ceramah semata-mata," demikian menurut Dr. Nujaimin Udin selaku pengarah program ini.

Program bermula seawal jam 7.00 pagi dan dijangka berakhir pada jam 9.00 malam. Masuk adalah percuma dan semua dijemput hadir.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi pautan http://bit.ly/karnival3k atau hubungi Dr. Hasbi (013-311 8969) danUstazah Fauziah (019-914 5420).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian