Melayu tak perlu malu tuntut hak bagi membalas budi lampau!

Bumi ini warisan orang Melayu! Hanya yang tidak belajar sejarah atau yang takut menghadapi kenyataan sahaja mencari alasan tak dapat menerima kedudukan orang Melayu sekaligus menafikan  fakta ini.

Saya menasihati orang Melayu terutama generasi muda supaya tidak perlu rasa malu atau rasa kerdil bila disindir atau dikritik oleh pihak-pihak tertentu kerana masih meminta-minta keistimewaan daripada kerajaan. Itu adalah hak mereka! Juga jangan pula lupa mereka adalah umat Islam di bumi ini yang kepentingan mereka wajib dibela seperti dituntut Islam.

Ketahuilah! Suatu fakta dalam sejarah tanahair kita rakyat Malaysia umumnya dan orang Melayu khususnya perlu tahu. Semasa pihak British menceroboh Tanah Melayu, angkara jahat British telah menjadi salah satu punca yang menyebabkan bilangan orang Cina yang muncul secara tidak diundang   masa itu mencecah 2.6 juta. Dokumen-dokumen rasmi British telah mencatatkan bilangan tetamu tidak diundang ini.

Sekitar 1952 iaitu beberapa tahun sebelum merdeka, satu operasi besar-besaran telah dilancarkan pihak Britis diketuai oleh Sir Harold Brigs. Harold telah dipanggil khas untuk mengetuai operasi untuk membuka penempatan-penempatan khas untuk pendatang Cina yang datang ke Tanah Melayu.


Dalam operasi itu sekurang-kurangnya 500,000 orang Cina dikumpulkan dan ditempatkan di 409 kampung-kampung baru Cina yang masih wujud sehingga hari ini. Bukan saja ditempatkan tapak-tapak di kampung-kampung baru itu, malah diberi segala kemudahan termasuk rumah, sekolah, guru-guru bergaji  untuk’ tetamu’ yang sebegitu ramai itu. Dalam pada orang Melayu sendiri yang begitu ramai tidak punya tanah, orang-orang Cina itu kemudiannya diberi tanah-tanah. Orang-orang Melayu tidak pun bangun mengamuk bila hasil bumi dibahagi-bahagi sesuka hati kepada pendatang walaupun hati mereka dihiris-hiris seperti luka dibubuh cuka.

Saya mendapat maklumat daripada orang-orang tua Melayu yang masih hidup sehingga hari ini bahawa mereka ketika itu ditanggung segala makan minum anak-beranak secara percuma sekian lama oleh pihak British dengan menggunakan hasil sumber bumi Melayu ini. Adakah bangsa beragama Islam sebaik ini dalam sejarah manusia? Inilah yang dikatakan ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan’!

Boleh bayangkan sebegitu ramai yang tidak kurang 500,000 orang Cina yang tiba-tiba muncul diberi makan percuma, kemudian diberi tanah-tanah kepada mereka? Laporan pihak British sendiri mencatatkan hampir 50,000,000 dolar (nilai pada tahun 1952) dibelanjakan untuk penempatan tersebut.  Sedangkan orang-orang Melayu miskin di bumi sendiri akibat tekanan pencerobohan berpanjangan kuasa asing. Seramai 500,000 orang itu sudah pun membenihkan zuriat berapa juta  rakyat Cina di negara ini. Tidak patutkah mereka (sesetengah mereka yang tamak) berterima kasih kepada bangsa Melayu yang terlanjur baik hati itu? Patutkah mereka (sesetengah mereka yang tamak) mempertikai keistimewaan orang-orang Melayu? Patutkah mereka (sesetengah mereka yang tamak) mempertikai kedudukan Islam di Tanah Melayu ini? Harapnya pemimpin-pemimpin mereka saja kita borongkan dan dianggap ‘seperti melepas anjing tersepit’.

Jangan lupa, bagaimanakah pula kisah yang selebih hampir 2,000,000 yang lain yang sibuk dan asyik memunggah khazanah di perut dan permukaan bumi Melayu ini pada masa itu? Itu catatan pada tahun 1952. Bukankah ada lagi penempatan lain yang dibina pada tahun-tahun berikutnya?

Di masa itu orang Melayu hidup susah dan perit merempat di bumi sendiri. Peluang pelajaran disekat tidak lebih darjah 6. Kapitalis Cina dan British yang sudah kaya raya sebelum merdeka belum puas dan dengan segala kekuatan mereka terus membaham peluang-peluang perniagaan, perlombongan, perkilangan, pembinaan dan lain-lain selepas merdeka. Orang-orang Melayu yang jauh ketinggalan belum berdaya menyaingi kekuatan kapitalis, kapitan, kongsi-kongsi gelap Cina yang sudah berkurun menapak. Tidakkah mereka perlu lebih banyak masa kerana mereka telah di‘handicapped’ sekian lama.

Kalau setelah lebih 450 tahun ditekan oleh kuasa asing dan dicicir, 60 tahun tidak cukup untuk keseluruhan bangsa ini membangunkan dan berdiri kuat. Itu belum lagi saya perkata tentang rekod  1948 yang menunjukkan 251 juta dolar (nilai dahulu) hasil bumi Melayu yang dipunggah keluar dari tanah Melayu setiap tahun.

Saya fikir cukup dahulu pendedahan ini untuk menyedarkan orang Melayu termasuk anak-anak Melayu yang ada rasa bersalah menerima keistimewaan ataupun pemimpin-pemimpin Melayu yang mula berasa kerdil dan malu untuk mempertahan dan memperjuangkan lagi hak-hak kita. Jangan terperangkap seperti Dyana Sofia yang mempersoal keistimewaan, masuk parti chaunis DAP dan berlunak dengan penentang-penentang keistimewaan Melayu. Jasa orang-orang Melayu kepada Cina tidak boleh dibalas oleh orang-orang Cina sampai bila-bila.

Orang Melayu perlu bangun menuntut hak mereka di bumi sendiri. Insaf dan cintai tanahair serta sayangi bangsa yang telah berjasa membesarkan mereka. Orang Melayu jangan biar dihina lagi.  Berusahalah bersungguh-sungguh dan berazam untuk mengangkat maruah supaya menjadi bangsa yang kuat dan dimulia manusia. Agenda mereka adalah menjadi bangsa pendokong dan pemimpin agama Islam di bumi Islam Malaysia ini.


Abdul Rahman Mt Dali
Naib Presiden 2 Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian