10 stesen KTM di Pantai Timur tutup, ditenggelami air


KUALA LUMPUR 26 Dis. – Sepuluh stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad di Pantai Timur tidak dapat beroperasi akibat ditenggelami air disebabkan banjir kuat yang melanda kawasan itu.

Pengerusi KTM Berhad, Datuk Nawawi Ahmad berkata, kesemua stesen yang terlibat ialah Chegar Perah, Merapoh, Gua Musang, Limau Kasturi, Bertam Baharu, Kemubu, Dabong, Bukit Abu, Manek Urai dan Krai.

“Disebabkan perkhidmatan intercity yang masih terganggu, para penumpang boleh menukar semula tarikh perjalanan atau pun mendapatkan pemulangan tambang penuh untuk perjalanan yang dibatalkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Nawawi berkata, lapan perkhidmatan tren di kawasan Chegar Perah hingga Tumpat dibatalkan sejak 22 Disember lepas, melibatkan perkhidmatan tren Intercity iaitu tren shuttle No. 70, 71, 72, 73.

Turut terlibat, tren ekspres No. 26, 27, 28 dan 29 iaitu Ekspres Wau dan Ekspres Senandung Timuran, katanya.

Nawawi berkata, sistem mekanikal kereta api yang turut terjejas merangkumi lapan lokomotif, 19 koc, satu buffet (katering) serta empat generator dan dijangka mengambil masa lama untuk dibaik pulih.

Namun, katanya, kos kerugian dan baik pulih masih belum dapat diketahui kerana perlu melakukan proses penganalisis secara menyeluruh.

Dalam perkembangan berkaitan, Nawawi berkata KTM Berhad turut menyalurkan sumbangan sebanyak RM1,500 serta bekalan makanan kepada 177 kakitangannya yang terlibat banjir demi memastikan kebajikan mereka terus terjamin. – Bernama

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?