Anak-anak komuniti Samarahan kuasai kaedah solat


KOTA SAMARAHAN, 8 Dis – “Semoga lebih ramai kanak-kanak di Samarahan dan kawasan sekitar dapat menguasai kaedah solat dengan betul,” ujar Mastura Sani, Setiausaha Kelab Nadi Al-zim (Anak-anak Hebat) (NAZIM) cawangan Samarahan semasa Kem Hayya Ala Solah yang diadakan baru-baru ini.

Menurutnya, penyertaan program kali ini sangat memberangsangkan kerana  diseratai peserta dari kawasan Kota Samarahan dan Kuching.

Program anjuran Kelab NAZIM Samarahan ini bertempat di Masjid Desa Ilmu, Kota Samarahan yang melibatkan 100 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun dengan pelbagai pengisian menarik seperti praktikal solat dan wuduk yang betul. Selain itu juga terdapat slot sejarah solat  dan kuiz.

“Dengan program ini, kanak-kanak dapat belajar cara solat yang betul dan mempraktikkan cara solat di rumah. Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengisi masa lapang pada cuti sekolah,” kata Puan Hajiah, ibu kepada salah seorang peserta program.

Tambahnya lagi, didikan ibu bapa di rumah adalah elemen yang paling penting dalam memastikan anak-anak berkelakuan baik tidak kira di mana mereka berada.

Turut hadir Amirudin bin Dahlan, Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Samarahan dan Cikgu Raja Nurul Huda binti Raja Ibrahim, Ketua NAZIM Cawangan Samarahan.


Nurul ‘Izaati Zulkifli
Wartawan ISMAweb

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian