Banjir – Doa anak Gaza untuk Malaysia


BANGI, 30 Dis – Pada Ahad lalu, seramai 300 orang anak yatim As-Solah, Dier Balah, Bandar Gaza telah berhimpun dan berdoa sebagai tanda solidariti mereka kepada seluruh rakyat Malaysia yang dilanda musibah banjir.

Dalam perhimpunan ini, taklimat ringkas berkenaan bencana banjir di Malaysia telah disampaikan.

Mereka kemudiannya bergambar beramai-ramai sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan mengangkat beberapa poster yang mengandungi kata-kata semangat.

Antara kata-kata semangat itu ialah “Solidarity and Sympathy with the Malaysian People, from Gaza with Care”, “May Allah save our beloved people of Malaysia from the flooding”, “From people of Gaza with love” dan “We are thinking of you and praying for you to recover and to get things back to normal as quickly as possible”.

Menurut Ustaz Ketua Eksekutif (CEO) Aman Palestin, Ustaz Awang Suffian Awang Piut, kita sentiasa memberi perkembangan tentang keadaan di Malaysia kepada rakyat Gaza.

“Hati rakyat Gaza dan rakyat Malaysia sangat dekat.

“Sekalipun mereka masih anak kecil, mereka turut merasai apa yang berlaku di Malaysia.

“Walaupun tidak dapat membantu dengan tenaga, mereka akan terus mendoakan kesejahteraan rakyat Malaysia,” ujarnya ketika dihubungi ISMAweb.


Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian