Bantuan banjir: ISMA hantar 3 tan barang ke Kemaman malam ini
SHAH ALAM, 26 Dis – Berikutan banjir besar di beberapa negeri khususnya di Pantai Timur, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menggerakkan seluruh jenteranya untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana banjir.
Menurut Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, misi pertama akan bergerak menuju Kemaman, Terengganu pada malam ini.
“Kita akan menghantar bantuan lebih 3 tan berupa makanan, pakaian dan barang keperluan lain untuk mangsa-mangsa banjir.
“Antaranya beras, sardin, kicap, minyak masak, susu, biskut, air mineral dan ubat-ubatan. Keperluan lain termasuk pakaian, ‘pampers’ dan kelengkapan solat.
“Turut akan dibawa ialah sejumlah wang tunai beserta 11 orang sukarelawan Skuad Bakti Pembina,” ujarnya dalam satu sidang media sempena pelancaran bantuan kutipan banjir di Masjid Al-Ikhlas Shah Alam, di sini, hari ini.
Katanya, agensi ISMA yang terlibat untuk misi bantuan ini ialah Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim (I-Medik), Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM), Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA).
Selain itu tambah beliau, ISMA juga membuka pusat operasi pengumpulan barangan sumbangan daripada orang ramai di pejabat-pejabat ISMA cawangan.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh hubungi pusat pengumpulan barangan kering di talian berikut:
- Gombak
013-3199897 - Hulu Langat
019-3699374 - Johor Bahru
013-2503115 - Alor Setar
019-5286922 - Kota Bharu
013-5902456 - Kuantan
013-6320407 - Melaka
011-16366007 - Seremban
014-5153848 - Ipoh
017-3167665 - Port Dickson
019-6624869 - Seberang Perai Utara
019-4749759 - Kota Kinabalu
013-8701881 - Kuching
013-8186053 - Shah Alam
019-3654940 - Kangar
019-4782485 - Dungun
013-9220787 - Kuala Lumpur
017-4410250 - Kuala Pilah
013-3305043 - Klang
017-5528760 - Kuala Terengganu
017-7086036 - Kemaman
012-3356950 - Sungai Petani
019-2527341 - Temerloh
019-9877434 - Kuala Kangsar
013-5216689 - Seri Iskandar
019-5700167 - Pasir Puteh
019-9514811
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan