Forum Aku, Dia & Kamu: Ikhtilat mengikut syar’ie
Oleh: Siti Zunaini Binti Daud
Wartawan ISMA India Zon Utara
BELGAUM, 13 Disember 2014 – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) India zon utara telah menganjurkan satu program berbentuk forum yang diberi nama “Aku, DIA dan Kamu” yang mengupas lumat isu-isu berkaitan ikhtilat, baik di alam maya mahupun realiti yang sememangnya menjadi isu utama dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi bertempat di USM- KLE Belgaum yang bermula pada jam 8.30 malam.
Sebelum forum bermula, audiens yang hadir dipertontonkan dengan sebuah video yang berkisarkan bagaimana ikhtilat itu boleh mula berputik hanya dengan sekadar bertanya khabar yang akhirnya boleh menjurus kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Definisi ikhtilat telah dihuraikan dengan begitu baik sekali oleh panel pertama iaitu Ustaz Mohd Azizee Hasan yang merupakan Timbalan Pengerusi Ikatan Guru Muslim, juga merangkap Setiausaha Biro Tarbiah ISMA .
“Dalam zaman yang serba moden ini, beberapa perkara perlu dilakukan baik di belah pihak lelaki dan juga perempuan bagi memastikan masalah ikhtilat itu dapat dielakkan seperti jaga pandangan yang mana pandangan itu merupakan anak-anak panah iblis untuk mendorong ikhtilat, jaga pemakaian, dan jaga akhlak” kata Ustaz Azizee.
Isu belajar dalam kumpulan yang melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan turut ditimbulkan oleh moderator pada malam itu iaitu Saudari Fatihah Yusoh yang ditujukan kepada panel kedua, Saudara Mohamad Hussein Lee yang merupakan pelajar Tahun 2 USM-KLE Belgaum.
“Adakah perlu percampuran itu dan apakah tiada orang sesama jantina yang boleh dijadikan ahli group discussion? ” Persoalan ini ditujukan kepada hadirin oleh Saudara Hussein Lee.
“Rasulullah saw sering bergurau senda dengan sahabat dan ia memang digalakkan dalam Islam namun gurauan antara lelaki dan perempuan yang melampau antara bukan mahram ini sebenarnya telah memusnahkan barrier yang Allah telah gariskan,” jelas Saudari Marlyana merangkap panel ketiga pada malam itu.
Pusingan kedua diteruskan dengan mengupas bagaimana cara menegur rakan secara berhikmah dalam isu ikhtilat juga sedikit pendapat dari ahli panel apabila dilabelkan jumud atau sombong seperti ‘berlagak alim’ bilamana kita mempraktis jauhi ikhtilat ini.
Forum berakhir dengan sesi soal jawab dan tayangan video berkenaan kes buang bayi, rogol, ‘cinta monyet’ dalam kalangan remaja dan sebagainya bagi menyedarkan hadirin dan hadirat peri pentingnya menjaga ikhtilat. Forum ini melabuhkan tirainya pada tepat pukul 10.45 malam .
Sumber

Ulasan
Catat Ulasan