i-Guru sasar kutipan RM30,000 tampung kos perbelanjaan persekolahan mangsa banjir
BANGI, 30 Dis – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) melancarkan kempen kutipan RM10 daripada setiap guru bagi menampung kos perbelanjaan persekolahan mangsa-mangsa banjir.
Setiausaha i-Guru, Cikgu Nur Aizam Idris berkata, kempen ini mensasarkan kutipan sebanyak RM30,000 selama tempoh 10 hari bermula 29 Disember sehingga 7 Januari ini.
Tujuannya adalah untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir dalam bentuk barangan persekolahan anak-anak mereka.
“Kutipan ini dijalankan khusus di kalangan rakan-rakan guru di semua sek ahli-ahli i-Guru.
“Namun kita juga membuka ruang untuk masyarakat awam yang turut sama ingin menyumbang,” katanya ketika dihubungi.
Tambah beliau, semua duit akan diserahkan kepada Yayasan Ikhlas untuk membeli barangan persekolahan dan dijangka akan diagihkan di negeri-negeri pantai timur pada hujung minggu hadapan.
“Tempat agihan belum dimuktamadkan,” ujarnya.
Bagi yang ingin untuk turut memberi sumbangan, boleh terus ke akaun CIMB Yayasan Ikhlas 8600601366.
Maklumkan sumbangan anda kepada Cikgu Aizam di 013-8254023.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan