ISMA dan Yayasan Ikhlas hantar misi bantuan ke Kuala Krai


BANGI, 29 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia bersama Yayasan Ikhlas nekad meneruskan misi bantuan mangsa-mangsa banjir ke Kuala Krai pagi ini.

Ketua Misi, Encik Zaim Shaari ketika ditemui berkata, misi ini membawa 6 tan barang makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas dengan dua buah lori.

Turut serta dalam misi ini ialah 22 orang sukarelawan termasuk 3 orang doktor dari I-Medik, 12 orang dari Briged Bakti PEMBINA, 2 orang petugas media ISMA dan seorang wartawan TV9.

“Antara yang dibawa ialah beras, gula, mihun, sardin, air mineral dan barang kering yang lain.

“Kita tidak membawa sumbangan wang tunai ketika ini kerana bantuan makanan yang sangat diperlukan oleh mereka buat masa ini.

“Apatah lagi kami dimaklumkan ada mangsa yang sudah dua hari tidak mendapat bekalan makanan,” ujar beliau.

Sebanyak 3 buah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan sebuah van yang digunakan bergerak pada jam 10 pagi tadi dan dijangka akan pulang pada Rabu ini. Laluan Gua Musang akan digunakan.

Ketika ditanya kenapa memilih untuk ke Kuala Krai, ujarnya beliau dan Prof Madya Dr Zainurrashid Zainuddin (Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA) telah membuat tinjauan melihat mangsa-mangsa banjir pada hari Sabtu lepas.

“Ketika itu saya melihat Kuala Krai adalah kampung pedalaman dan banyak kampung di situ yang sudah tenggelam.

“Saya menyaksikan sendiri di tepi jalan Sungai Nal agak teruk. Banyak yang musnah,” katanya.

Walaupun begitu katanya, jika tidak dapat masuk ke Kuala Krai, pihaknya akan menukar rancangan dengan menghantar barang ke Kota Bharu.

“Dari Kota Bharu kita akan mengagihkan barang-barang tersebut.

“Bagaimanapun Kuala Krai tetap akan menjadi fokus utama misi ini,” kata beliau.

Selain itu ujar sukarelawan Briged Bakti PEMBINA, Siti Nur Azizah Abd Majid, saya tidak menyangka misi ini akan pergi ke kampung halaman saya.

“Saya mengambil peluang ini untuk sertai. Ketika ini saya berasa sangat teruja dan berdebar untuk meneruskan misi bantuan di kampung sendiri.

“Agaknya bagaimana keadaan mereka di sana. Saya berdebar, apatah lagi hingga saat ini saya tidak lagi dapat berhubung dengan keluarga di sana.

“Moga misi bantuan ini dipermudahkan oleh Allah,” katanya kepada wartawan dengan sayu hati.

No telefon peserta misi untuk dihubungi:
Ketua Misi, En Zaim Shaari: 013-3521226
Dr Azizi Ayob, SU Agong I-Medik: 019-9312272
Wakil Sukarelawan Bakti Pembina, Saudara Uzair: 013-2938171

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?