ISMA sasar RM500,000 untuk tabung kutipan bantuan mangsa banjir


SHAH ALAM, 26 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini melancarkan ‘Tabung Kutipan Bantuan Mangsa Banjir’ bagi meringankan beban mangsa banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Menurut Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, tabung ini mensasarkan kutipan sebanyak RM 500,000 yang mana akan digerakkan di semua cawangan ISMA seluruh negara.

Jadi sebagai permulaan, ISMA akan menyerahkan dana berjumlah RM15,000 kepada Yayasan Ikhlas.

“Diharapkan dengan pelancaran tabung ini ia akan menjadi landasan kepada semua rakyat negara ini menyalurkan bantuan kepada saudara mara dan mereka yang terjejas,” katanya dalam satu sidang media di Masjid Al-Ikhlas, Shah Alam.

Hadir sama ialah Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Tuan Haji Kamaruddin Kassim, Setiausaha Agung I-Medik, Prof Dr Azizi Ayop, Timbalan Presiden Pembina, Azril Hanafi Abdullah Sharwani, Ketua Pengarah Operasi Kelab Remaja Isma (KRIM) Nasional, Nuzhardinata Nuzbar, Biro Keluarga Dan Masyarakat.

Tambah Ustaz Abdullah, ISMA juga merayu sumbangan orang ramai untuk menghulur bantuan dalam apa jua bentuk termasuk kewangan, makanan kering, pakaian, keperluan kebersihan diri dan kelengkapan solat untuk disalurkan kepada mangsa semasa berlaku bencana dan selepas daripada itu.

Sehubungan itu bagi yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan terus ke Akaun Bank CIMB Islamik Yayasan Ikhlas 8600 601 366.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?