ISMA seru pemuda pemudi Islam Malaysia tidak terlibat IS

Antara yang ditahan: Ummi Kalsom Bahak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan cuba memberi sokongan serta menganggotai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Asia Barat.
BANGI, 4 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyeru kepada semua pemuda pemudi Islam di Malaysia agar tidak terlibat dengan kumpulan militan Negara Islam (IS).

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, untuk menyertai mana-mana gerakan yang memperjuangkan Islam, mereka harus bertindak berasaskan ilmu dan kefahaman.

“Kenalpasti dahulu gerakan yang benar-benar perjuangkan Islam dan menggunakan jihad di jalan yang betul.

“IS ternyata tidak membantu memenangkan agenda Islam.

“Bahkan IS telah diperguna dengan sebaiknya oleh musuh Islam untuk memburukkan imej Islam dan menyemarakkan Islam fobia,” ujarnya kepada wartawan.

Semalam media tempatan ada melaporkan berkenaan tiga individu termasuk dua penjawat awam antara yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas dalam operasi sekitar Kuala Lumpur dan Kedah kerana disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan militan di Syria.

Mengulas perkara itu kata Ustaz Abdullah, ISMA bimbang dengan situasi segelintir pemuda pemudi Islam yang terlibat dengan IS atas hasrat untuk memenangkan Islam.

“Tetapi mereka tidak tahu bahawa sesuatu telah diatur dibelakang dan mereka menjadi korban murah kepada pihak musuh.

“Mereka dengan itu tidak memberi nilai kepada darah yang ditumpahkan dan nyawa yang dilayangkan, padahal ia (darah dan nyawa) satu yang dipelihara agama yang tidak harus dikorbankan kecuali  untuk tujuan (tidak ada syubhat) yang benar-benar untuk meninggikan kalimah Allah dengan ijtihad oleh ulamak yang muktabar.

“Mungkin mereka ikhlas, tetapi mereka tidak sedar apa sebenarnya yang telah diatur di belakang tabir terhadap mereka,” jelasnya.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?