ISMA, Yayasan Ikhlas dan PEMBINA terus agihkan bantuan untuk mangsa banjir
BANGI, 28 Dis – Ikatan Muslimin Malaysia bersama Yayasan Ikhlas dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) terus membantu mangsa-mangsa banjir dengan mengagihkan bantuan dan memberikan tenaga di beberapa pusat pemindahan.
Menurut Jawatankuasa Biro Tarbiah dan Luar Negara ISMA, Hj. Ir. Mohd Khoushaini Mohd Naim, hari ini masuk hari kedua pengagihan barang ke pusat penempatan.
“Hanya dua pusat pemindahan yang dapat diagihkan di SMK Seri Bahagia dan SMK Temerloh.
” Lagi tiga pusat pemindahan kita tidak dapat masuki kerana laluan ditelenggami air,” katanya ketika dihubungi.
Beliau mengetuai misi kedua yang mensasarkan mangsa banjir di Temerloh.
Tambah beliau, untuk hari ini selain agihan barangan, kita bersama sukarelawan turut memasak, memantau kawasan banjir dan menghidupkan surau untuk aktiviti kerohanian.
Seterusnya di Kuantan ujar YDP ISMA cawangan itu, Ustaz Rushdan Abd Halim, hari ini merupakan hari ketiga misi bantuan membantu mangsa banjir.
Tenaga sukarelawan dikerahkan bagi operasi pembersihan rumah mangsa banjir di Maahad Tahfiz Muhammadi di kampung Bukit Rangin Kuantan.
“Kita pilih tempat ini sebagai tempat anak-anak Yatim dan fakir miskin belajar dan menghafal Quran.
“Apatah lagi ia dikendalikan oleh pengasas yang uzur.
“Hampir semua barang musnah kecuali ditenggelami air sedalam enam kaki,” katanya.
Selain itu di Kota Bharu, misi bantuan diteruskan di beberapa tempat.
Kata YDP ISMA Pasir Puteh, Ustaz Sharipudin Ab Kadir, misi bantuan bergerak ke Wakaf Baru untuk menghantar baki bantuan makanan dan keperluan asas yang lain untuk mangsa banjir.
Katanya, bantuan juga turut diberikan kepada mangsa-mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab.
Manakala di Perak, ujar bantuan juga diberikan di pusat penempatan SK Dato Sagor, Dewan Orang Ramai Kg. Menora dan Kg. Bekor dengan agihan makanan, pakaian dan keperluan asas yang lain.
Ujar Ketua Wanita ISMA Kuala Kangsar, Puan Azimah Mohd. Zain, Kebanyakan mangsa banjir yang terlibat tinggal berhampiran Sg. Perak dinaiki air akibat pelepasan takungan empangan di Chenderoh dan hujan yang berpanjangan.
Beliau mengharapkan lebih ramai lagi yang dapat menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit dan keperluan asas seperti alas tidur.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan