Isu CEO MAS – Kelemahan pemerintah kendali GLC
BANGI, 8 Dis – Pelantikan Christoph R. Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)- Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo) yang baru membayangkan kelemahan pemerintah dalam mengendalikan syarikat GLC.
“Pemerintah nampak lemah kerana gagal mencari orang Malaysia berbangsa Melayu untuk menerajui MAS.
“Padahal MAS pernah berjaya sebelum ini di bawah Tan Sri Aziz Abdul Rahman dan Datuk Seri Idris Jala.
“Jadi bagaimana pemilihan dibuat sehingga tidak ada orang tempatan yang dipilih,” katanya.
Dua hari lalu, Khazanah Nasional Bhd, mengumumkan Christoph sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS yang baru berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.
Pelantikan tersebut telah dibincangkan dan diputuskan pada mesyuarat Lembaga Pengarah Khazanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Soal Haji Amin, adakah kepentingan bumiputera terjamin dengan pimpinan MAS yang baru ini?
“Adakah MAS akan berusaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada kakitangan, contohnya tidak menghidangkan arak, menetapkan pramugari yang beragama Islam perlu memakai tudung seperti yang pernah disuarakan oleh ramai pihak selama ini.
“Adakah pelantikan ini akan mengambil kira kepentingan kakitangan yang majoritinya orang Melayu atau akan ada kemasukan pekerja-pekerja asing?
“Ini semua persoalan yg perlu dijelaskan oleh pemerintah kepada rakyat,” katanya.
Sementara itu mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed bahawa orang Malaysia ini bodoh sehingga menyebabkan penerbangan MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi, ia boleh dianggap sebagai kenyataan sinis yang dilemparkan kepada pemerintah.
“Itu hanya kenyataan sinis Tun itu untuk memerli pemerintah yang melihat seolah-olah rakyat Malaysia tidak mampu dan berwibawa untuk terajui MAS.
“Sedangkan terbukti di zaman Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman MAS sentiasa mendapat keuntungan setiap tahun,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan