Kapal terbang kargo bawa bantuan Aman Palestin berlepas esok


BANGI, 30 Dis – Aman Palestin Berhad akan menghantar barang-barang bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan esok menggunakan kapal terbang.

Kapal terbang sumbangan seorang hartawan ini dimaklumkan akan berlepas dari Lapangan Terbang Subang dan akan mendarat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.

Semua bantuan tesebut akan diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di tempat yang terjejas.

Antaranya ialah di Gua Musang, Kuala Krai, Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aman Palestin Ustaz Awang Suffian Awang Piut, misi penghantaran ini akan berlepas esok selepas solat zohor.

“Manakala untuk kenderaan pacuan empat roda (4WD), mereka akan berlepas selepas solat Maghrib,” katanya yang akan turut serta dalam misi tersebut.

Jelas Ustaz Awang, sasaran bantuan setakat ini ialah air mineral, makanan kering seperti biskutdan roti, botol bayi, susu, telekung, sejadah, tuala, kain pelikat, kain batik dan selimut beserta toto.

Antara lain ialah lampin pakai buang (kanak kanak dan dewasa), plastik sampah, sabun, syampu, ubat-ubatan, selipar, pakaian, kasut, beg sekolah dan tudung wanita.

Jadi bagi yang ingin menghulurkan bantuan, barangan boleh dihantar mulai esok jam 10:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari hingga 31 Disember 2014.

Semua sumbangan barangan di atas boleh dihantar ke semua pejabat Aman Palestin di seluruh semenanjung sebelum 31 Disember 2014.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian