Laksana tanggungjawab amar makruf melalui penulisan


GOMBAK, 7 Disember – Setiap umat Islam perlu merasai tugas menyampaikan kebenaran merupakan suatu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.

Justeru, bidang penulisan dan pengucapan awam perlulah dikuasai oleh setiap individu muslim bagi melunaskan peranan tersebut, begitu tegas Professor Madya Dr Rafidah Hanim.

Ujarnya lagi, pengalamannya sebagai seorang pensyarah banyak membantu membuka mata beliau akan kurangnya bahan-bahan bacaan yang bermanfaat untuk masyarakat berbanding dengan bahan bacaan yang banyak mengeliru dan memesongkan umat Islam.

Tambahan pula, terdapat sejumlah artikel di media-media alternatif di Malaysia yang seolah-olah sengaja menimbulkan salah faham tentang Islam dan ketuanan Melayu sejak akhir-akhir ini tanpa ada serangan balas daripada umat Islam tempatan.

Beliau berkata demikian dalam program Projek Penjenamaan dan Pembinaan Professionalisme (3P) anjuran Biro Wanita ISMA di sini semalam yang dihadiri oleh penggerak wanita pelbagai agensi di bawah ISMA cawangan Gombak.

Selain slot Nukilan Tatapan Ummah daripada Dr Rafidah yg mendedahkan peserta dengan tips menulis, Program 3P ini turut menampilkan Cik Hanan Othman dalam slot Bicara Buat Ummah yang berkongsi teknik- teknik dalam pengucapan awam.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian