Malaysia, Islam dan Liberal


Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang berdaulat. Agama Islam merupakan asas perlembagaan negara sehingga diangkat dan diperincikan dalam perkara 3 perlembagaan negara.

1. Seiring dengan pencapaian dan kemajuan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang membangun dan disegani, di suatu sudut ada segelintir kecil pihak-pihak yang dengki dan iri hati dengan kegemilangan negara yang kita sayangi ini. Segelintir pihak yang dimaksudkan di sini adalah mereka yang cuba mencairkan status negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

2. Agenda mencairkan status negara Islam oleh mereka sebenarnya sudah dapat dihidu oleh majoriti rakyat Malaysia terutamanya bangsa Melayu Islam (bangsa majoriti yang telah menapak di negara ini sejak berkurun lamanya). Terma-terma yang selama ini tidak pernah kita dengar, kini giat didendangkan di media massa oleh pihak-pihak yang ingin memecahbelahkan masyarakat. Promosi terma-terma tersebut cuba dinormalisasikan dan dimainkan berkali-kali sebagai langkah pertama mengelirukan pemikiran masyarakat. Liberalisasi, liberal demokratik, hak asasi manusia (acuan barat), kebebasan (berhujah tanpa disiplin ilmu), dan sebagainya kini menjadi ‘zikir harian’ golongan-golongan yang ingin memecahbelahkan keharmonian masyarakat di negara yang kita cintai ini.

3. Umum mengetahui bahawa sudah berkurun lamanya Islam bertapak di negara ini sehinggakan terdapat banyak unsur-unsur Islam telah dibudayakan oleh masyarakat. Lihatlah batu bersurat Terengganu. Amatilah tulisan Jawi. Bacalah sejarah kegemilangan Empayar Melayu Melaka sebagai salah satu serambi Mekah di kawasan Nusantara ini. Inilah identiti negara kita. ‘Key factor’ keharmonian negara kita pada hari ini adalah terletak pada Islam sebagai asas negara dan ini harus dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghuni di negeri yang aman makmur lagi merdeka.

4. Marilah bersama kita mempertahankan asas kenegaraan yang sedia ada untuk kita melonjak maju kehadapan. Mengapa kita perlu mengambil acuan barat sedangkan Islam sudah gariskan panduan yang lengkap untuk mencapai kegemilangan. Sejarah kegemilangan Islam di era Abasiyah yang menjadi pusat rujukan dunia selama berkurun-kurun lamanya sudah cukup membuktikan bahawa dengan pengamalan Islam secara menyeluruh dan bersungguh-sungguh, sudah mampu untuk mencapai kegemilangan tanpa perlu mengimport budaya atau mempertuankan barat.

Kita sudah ada asas negara yang kukuh untuk membangunkan negara dengan harmoni, mengapa perlu mengimport agenda barat untuk merubah identiti negara?

Muhammad Rusydi Muhammad Razif
Ketua Biro Media,
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Johor

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?