Media liberal dan agenda asing – Adakah Malaysiakini terlibat?

Papan tanda pejabat Malaysiakini disimbah car merah pada pagi 25 Fenruari tahun ini.
Sebelum munculnya portal media alternatif seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, The Malay Mail Online dan lain-lain yang sewaktu dengannya, rakyat Malaysia kebanyakannya menjadikan media yang pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star sebagai rujukan.

Namun, akibat daripada sesetengah liputan berita yang dibawakan sering kali berat sebelah memihak kepada kerajaan, ia menjadikan masyarakat awam kecewa dan mula beralih kepada portal media alternatif.

Pada permulaannya ditubuhkan pada 1999, portal berita Malaysiakini sering membawakan pandangan yang neutral terutamanya berita yang menyentuh isu politik tanah air. Sudah pasti di fasa awal penubuhannya adalah untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat untuk menjadi portal berita pilihan rakyat Malaysia. Akhir-akhir ini, jika diamati dan dikaji berita-berita sekunder yang diulas oleh Malaysiakini banyak sekali terdapat unsur-unsur putar belit terhadap berita yang diambil daripada sumber primer.

AMALAN PUTAR BELIT

Sebagai contoh antaranya, kita lihat kepada kenyataan Malaysiakini yang mengulas kembali jawapan balas Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman, Anggota Jawatankuasa ISMA kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di dalam portal ISMAweb iaitu yang bertajuk ‘Menjawab Khalid Samad: Islam tercemar dengan sikap melampau islamis liberalis’ . Namun, cedokan isi berita di ISMAweb diulas oleh portal Malaysiakini dengan cara yang tidak professional, yang tiada etika sebagai pengamal media.

Diulas dengan potongan-potongan isi yang sekaligus memberikan persepsi yang buruk kepada ISMA apabila berita yang kemudiannya ditukar tajuknya kepada ‘ISMA pertahan fahaman kaum, kebangsaan’ dibaca oleh masyarakat awam. Bahkan, sumber asal berita yang mereka petik juga tidak dinyatakan selain daripada tajuk yang sangat bercanggah dengan isi yang disampaikan Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman.

Seterusnya, kerja putar-belit ini bukanlah berlaku kepada portal ISMAweb sahaja, bahkan ahli politik juga tidak terlepas daripada menerima nasib yang sama. Perkara ini dilakukan sebagai salah satu daripada strategi Character Assassination kepada pihak yang tidak dipersetujui.

Antaranya, dalam portal berita Astro Awani yang bertarikh 9 April 2013, di dalam sebuah berita yang bertajuk ‘Raja Nong Chik: Malaysiakini putar belit fakta’ telah memberikan satu lagi bukti sikap tidak profesional dan tiada kredibiliti sebagai pengamal media apabila Datuk Raja Nong Chik membidas Malaysiakini yang memutar belit fakta pemilikan syarikat RZA International Corporation.

Di dalam berita versi Malaysiakini yang bertajuk ‘Politicians among 1500 who own offshore company’ telah menyatakan RZA International Corporation adalah syarikat milik bersama Datuk Raja Nong Chik dan ayahnya serta keluarganya. Namun, kenyataan itu telah dibidas oleh Datuk Raja Nong Chik yang menyatakan syarikat itu telah ditubuhkan oleh ayahnya, Raja Zainal Abidin Raja Haji Tachik.

Dalam satu forum anjuran Islamic Rennaisance Front (IRF) pada 19 Mei 2014 yang bertajuk ‘Politik Kebebasan Agama: Penganiayaan atas Nama Agama’ , Malaysiakini telah memuatkan satu berita bertajuk ‘Negara Islam tidak menganiaya LGBT’ yang menjadi hasil temubual wartawan Malaysiakini kepada Dr. Anas At-Tikriti yang menjadi panel forum tersebut. Hal ini telah dinafikan oleh Dr Anas dalam temubual wartawan ISMAweb bertajuk ‘Dr. Anas At-Tikriti nafi laporan Malaysiakini’.

Tokoh antarabangsa juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kepada tindakan mereka yang bermotifkan agenda yang mahu mengelirukan rakyat Malaysia. Adakah portal berita yang tidak profesional dan tiada kredibiliti sebagai pengamal media boleh dijadikan rujukan utama rakyat Malaysia?

Dr Anas At-Tikriti menafikan laporan Malaysiakini

MENERIMA DANA ASING

Sebuah badan yang mempromosikan agenda demokrasi, National Endowment for Democracy (NED) yang berpusat di Amerika dan seringkali dikaitkan hubungannya dengan badan perisikan Amerika iaitu Central Intelligence Agency (CIA) telah menyatakan Malaysiakini adalah antara penerima geran pada tahun 2009 dengan dana berjumlah 100,000 USD.

Malaysiakini yang diterajui oleh dua tokoh yang memegang majoriti terbesar saham syarikat media itu iaitu Premesh Chandran dan juga Steven Gan telah menubuhkan Southeast Asia Centre for E-Media (SEACEM) pada tahun 2004, bertujuan untuk menggalakkan masyarakat sivil untuk menerokai teknologi media terbaru sebagai jalan untuk memperjuangkan kebebasan media, hak asasi manusia dan demokrasi.

SEACEM telah melatih sejumlah besar pengamal media di seluruh rantau Asia Tenggara sebagai satu daripada mekanisme membangunkan civil society. Perjuangan mereka ini sebenarnya adalah respons kepada kawalan media yang ketat di zaman Tun Mahathir suatu masa dahulu. Agenda pihak ini untuk membebaskan pengaruh kerajaan di dalam dunia media sepatutnya diberikan pujian, namun tindakan mereka bersekongkol dengan interlocutor asing seperti NED tidak wajar diberikan pengiktirafan. SEACEM yang menjadi pertubuhan yang melatif pengamal-pengamal media alternatif sebenarnya lebih awal menerima dana daripada NED, iaitu mereka telah menerima dana daripada NED berjumlah 100,000 USD pada tahun 2008.


NED yang sudah dikenali ramai sebagai sebuah interlocutor kepada dasar luar Amerika untuk mempromosikan demokrasi tajaan barat menggunakan gerakan massa daripada civil society untuk menyahstabilkan politik negara yang menjadi sasaran mereka. Sebagai contoh, NED telah memberikan sejumlah dana yang besar kepada gerakan-gerakan civil society di Malaysia yang terlibat secara langsung dalam tuntutan COMANGO yang sememangnya bercanggah dengan asas kenegaraan Malaysia antaranya Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Seterusnya, di dalam laman web WikiLeaks telah didedahkan sebuah emel yang menyatakan Malaysiakini antara kumpulan media yang menjadi rakan kepada Stratfor Global Intelligence (STRATFOR), di mana Ketua Pengarang Malaysiakini, Steven Gan menyatakan STRATFOR akan menyediakan kepakaran yang mereka miliki kepada Malaysiakini dan seterusnya Malaysiakini menyediakan maklumat semasa mengenai Malaysia kepada STRATFOR.

Dua badan ini iaitu NED dan STRATFOR bukanlah memberikan kepakaran dan dana berbentuk bantuan kewangan dengan percuma, di sebalik setiap bantuan yang diberikan akan pasti adanya timbal balas berbentuk tuntutan yang mereka ingin miliki seperti mana contoh yang diberikan di atas. Adakah maklumat-maklumat yang diberikan Malaysiakini kepada dua badan ini adalah berbentuk umum sahaja? Sudah pasti tidak, jika berbentuk umum sahaja mana mungkin dua badan ini akan menawarkan kepakaran bertaraf antarabangsa dan juga dana yang bukan sedikit banyaknya.


Seterusnya kita lihat kepada aktor kepada krisis ekonomi Asia 1997-1998, George Soros, seorang Yahudi yang terselamat daripada Holocaust di Jerman suatu ketika dahulu. Soros melalui institusi miliknya, Open Society Institute (OSI) mempromosikan agenda kerajaan demokratik, ekonomi pasaran bebas, hak asasi manusia dan juga reformasi sistem sosial dengan menggunakan media sebagai platform. Malaysiakini telah menerima dana berjumlah RM188,000 daripada Media Development Loan Fund (MDLF) iaitu sebuah organisasi yang dibiayai oleh OSI milik Soros.

OSI dan NED telah membentuk satu pakatan bersama dengan Jabatan Negara dan CIA untuk menjalankan suatu projek yang dikenali sebagai Regime Change. Projek ini telah berlaku di banyak negara di Asia dan Eropah antaranya di Tunisia sebagai Jasmine Revolution, Orange Revolution di Ukraine, Bulldozer Revolution di Yugoslavia, Lotus Revolution di Mesir, Green Revolution di Iran dan banyak lagi serta yang terbaru di Hong Kong yang dikenali sebagai Umbrella Revolution.

Terdapat juga beberapa buah lagi institusi yang terlibat bersama dalam mendukung Colour Revolution ini secara tidak langsung antaranya International Republican Institute (IRI), Freedom House dan Albert Einstein Institution. Tujuan revolusi ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menumbangkan ‘rejim’ yang tidak mesra dengan Barat dan menggantikannya dengan proksi yang mampu menjadi sekutu kuat kepada Barat.

Jika kita lihat kepada metodologi dan juga pelaksanaan revolusi di kesemua negara ini, kebanyakannya menggunakan metod dan cara pelaksanaan yang sama iaitu menggunakan kekuatan kumpulan-kumpulan civil society untuk memimpin rakyat dalam menjatuhkan pemerintah. Professor Gene Sharp yang mengasaskan Albert Einstein Institution telah memperkenalkan satu strategi untuk memulakan revolusi tanpa menggunakan kekuatan ketenteraan ataupun kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan iaitu Method of Non-Violent Action di mana disebut di dalamnya ratusan cara dan metod untuk menjatuhkan kerajaan dengan menggunakan kekuatan mass power iaitu rakyat.

Strategi Non-Violent Action ini terbukti berjaya selepas didedahkan kepada umum oleh penggerak kepada Bulldozer Revolution, iaitu Otpor!, sebuah gerakan sivil pada permulaannya sebelum bertukar menjadi parti politik, mengakui latihan yang diterima mereka daripada Professor Gene Sharp telah menjadi strategi mereka dalam menjatuhkan rejim Slobodan Milosevic.

Steven Gan dan Premesh Chandran
MEDIA RASMI GERAKAN SIVIL

Penglibatan dua topguns utama Malaysiakini, Steven Gan dan Premesh Chandran dengan gerakan sivil di Malaysia bukanlah perkara yang baru. Premesh merupakan antara salah seorang daripada penasihat kepada SUARAM. Melalui SEACEM, Premesh dan Steven Gan telah meletakkan SEACEM sebagai salah satu daripada 54 NGO yang membentuk COMANGO, iaitu gabungan-gabungan NGO sivil yang menuntut Malaysia menandatangi beberapa perjanjian United Nation Human Right Council (UNHRC) yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

Pelancaran kutipan sumbangan untuk bangunan baru kepada ibu pejabat Malaysiakini pada 15 November 2013 juga telah menjadi bukti keakraban media Malaysiakini dengan gerakan-gerakan sivil serta tokoh-tokoh mereka antaranya Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS), SUARAM, MCCBCHST dan Seksualiti Merdeka iaitu NGO-NGO komponen COMANGO. NGO lain seperti NGO Islam Liberal, Islamic Renaissance Front (IRF) juga tidak terlepas daripada menyumbang kepada pembinaan ibu pejabat Malaysiakini serta terdapat juga ahli politik yang menyumbang bersama terutamanya daripada Parti DAP antaranya Teresa Kok, Tony Pua, Zairil Khir, Ong Kian Ming dan ramai lagi. Perkara ini menunjukkan keakraban Malaysiakini dengan gerakan sivil kerana gerakan-gerakan sivil ini tahu betapa pentingnya media yang menjadi senjata utama mereka untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Selain daripada Malaysiakini, terdapat lagi beberapa portal media alternatif yang seperahu dengannya antaranya The Malaysian Insider dan The Malay Mail Online. Kedua-dua portal ini juga pakar dalam menjalankan misi putar-belit kepada kenyataan dan berita yang berkaitan dengan rakan mereka sebagai contoh bagaimana The Malaysian Insider memutarbelit kenyataan Tuan Guru Haji Hadi dalam berita yang bertajuk ‘Hadi Tawar Azmin Sertai PAS bentuk kerajaan bersama UMNO, dakwa AJK PAS Pusat’ dan kenyataan ini telah dibidas balik oleh Setpol Tuan Guru, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Rakyat Malaysia harus peka dan tidak menjadi naïf dengan perancangan kuasa asing untuk mengkucar-kacirkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara Malaysia. Kumpulan-kumpulan sivil ini sepatutnya diambil tindakan tegas dan rakan strategik mereka dalam bidang media seperti Malaysiakini dan lain-lain harus dijauhi daripada dijadikan sumber berita primer. Pihak ini akan terus dan berterusan mengubah pandangan umum masyarakat awam supaya mempercayai segala berita yang disiarkan oleh mereka dan seterusnya kemarahan rakyat terhadap kerajaan tidak dapat dibendung dan kerajaan terpaksa menerima tekanan daripada rakyat.

Kita boleh lihat apa yang berlaku kepada negara-negara yang telah berjaya dilaksanakan Regime Change. Kebanyakannya tidak stabil sehingga ke hari ini. Ada pun yang sudah berjaya meraih kestabilan, namun pemimpin yang memimpin negara selepasnya menjadi boneka kepada barat seperti negara Ukraine yang kini sedang dipergunakan Amerika Syarikat untuk menyekat pengaruh Rusia. Mereka ini termasuk gerakan sivil di dalam negara Malaysia hanyalah alat barat untuk mencapai agenda mereka, tidak lebih daripada itu.

Harith Umair
MBBS ’16, JUST
Aktivis ISMA

Rujukan:

1. http://uppercaise.wordpress.com/2012/02/28/malaysiakini-among-asian-media-listed-as-stratfor-contact/

2. http://www.thestar.com.my/story/?file=%2f2012%2f9%2f22%2fnation%2f12067491&sec=nation

3. http://www.malaysiakini.com/news/209654

4. http://www.anwaraidc.com/?p=27798

5. https://wikileaks.org/wiki/Steven_Gan

6. http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/08/setpol-hadi-awang-dakwa-malaysia.html

7. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-tawar-azmin-sertai-pas-bentuk-kerajaan-bersama-umno-dakwa-ajk-pas-pusa

8. http://www.ismaweb.net/2014/05/dr-anas-at-tikriti-nafi-laporan-malaysiakini/

9. http://www.malaysiakini.com/news/263070

10. http://nilebowie.blogspot.com/2011/07/malaysia-bersih-20-mass-demonstrations.html

11. http://landdestroyer.blogspot.com/2011/07/cia-coup-army-uncovered-in-asia.html

12. http://www.theguardian.com/world/2004/nov/26/ukraine.usa

13. http://www.nonviolent-conflict.org/index.php/movements-and-campaigns/movements-and-campaigns-summaries?sobi2Task=sobi2Details&sobi2Id=16

14. http://www.anwaraidc.com/?p=40382

15. http://building.malaysiakini.com/supporters-2/

16. http://www.ned.org/publications/annual-reports/2008-annual-report/asia/description-of-2008-grants/malaysia

17. http://www.ned.org/publications/annual-reports/2009-annual-report/asia/description-of-2009-grants/malaysia

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian