Media liberal pencetus huru-hara
PORT DICKSON, 13 Dis – Perbalahan berpanjangan dan huru-hara di media sosial yang melibatkan perpaduan antara kaum dan agama dicetuskan oleh media-media liberal.
Portal-portal berita atas talian yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan lebih gemar memainkan isu-isu sensitif berbanding isu yang mendidik masyarakat ke arah keharmonian dan perpaduan.
Demikian ujar Pengerusi Biro Media Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Dr Kamil Azmi Tohiran hari ini dalam satu perjumpaan ahli biro itu peringkat nasional di sini.
Beliau memberi contoh bagaimana media-media baru yang didanai oleh Amerika yang telah menjayakan agenda negara penjajah itu di Uganda dalam kes Kony 2012 dan di Thailand.
Dalam ucapannya, Dr Kamil menegaskan bahawa fokus media-media Islam adalah melawan media liberal dengan membawa mesej Islam di samping mendidik masyarakat hidup harmoni.
Perjumpaan ini disertai oleh petugas-petugas Media ISMA dari seluruh negara.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan