Memoir Sang Omar
Beberapa hari yang lepas aku menghadiri kursus media yang dianjurkan Muslim Association of Britain. Kursus yang berfokuskan kepada penerapan skil pengendalian media seperti undang-undang media, media sosial dan skil temuramah kepada para peserta. Ramai orang yang berminda hebat menyertai kursus yang ingin menegakkan prinsip dan jati diri seorang muslim di negara bukan Islam ini. Ditakdirkan Allah, aku ditempatkan di dalam suatu kumpulan bersama seorang tua yang bernama Omar.
“Don’t call me Omar, call me Umar, like Umar al-Khattab”. Beliau menyatakan dengan bangga.
Seorang tua itu yang berbangsa Iran. 50 tahun lepas, ketika beliau berusia 15 tahun beliau ditanyakan oleh bapanya,
“Kau nak tukar nama kau tak Umar?”
“Kenapa perlu ku tukar? Ini ialah namaku!” Katanya melawan bapanya yang takut akan rejim Khomeini yang akan membunuhnya kerana namanya.
Nama Umar itu ibarat kata-kata kesat pada agama Syiah. Bencinya Syiah pada para sahabat sehingga menjadikan suatu nama mulia dan pembela nabi di Makkah sebagai suatu nama yang hina.
“Aku nasionalis, bapaku, abangku, keluargaku, kami memperjuangkan kebebasan daripada Shah (Raja Iran). Shah menyekat kebebasan kami. Kami mengangkat Khomeini, kerana Syiah kawan rapat kami dan kami mempercayai mereka. Sampai turunnya Shah oleh revolusi Khomeini, ditaburkan kepada kami demokrasi dan kekuatan untuk membangun bersama-sama ketika ucapannya di Perancis. Namun, sekembalinya durjana itu, dia hanya bertaqiyyah.”
“Aku boleh katakan, aku mahu kembali kerajaan Shah! Ketika pemerintahan Shah, banyak korupsi, ekonomi tidak membangun, tapi dia tidak sekejam Khomeini! Aku hanya dipenjarakan ketika zaman Shah tetapi aku melihat sendiri, abangku, abang iparku, dibunuh oleh rejim Khomeini, hanya kerana mereka seorang Sunni. Ada satu musim panas, Khomeini mengumpulkan beribu-ribu Sunni, kira-kira 6000, lalu dibunuhnya beramai-ramai. Aku ditahan di dalam penjara, diseksa selama 18 bulan. Ketika aku dibicarakan, aku tidak mampu berjalan. I had no legs. Terlalu terseksa sehingga mereka mengangkatku ke muka hakim.”
“Ketika aku di dalam penjara, isteriku mengandungkan anak perempuanku. Hanya setelah 8 tahun aku di dalam penjara, aku mampu melihat anakku itu, tanpa membesarkannya di sisi, tanpa memberikan kasih sayang selama 8 tahun.”
“Ketika aku pergi ke kedai, aku terlihat orang yang menyiksaku di dalam penjara. Ia lari menggelupur. Aku menghantar isteriku untuk menyampaikan kepadanya berita bahawa aku tidak akan mengapakan dia. Aku seorang Muslim, dan aku berdiri pada prinsip itu. Tiada lagi tempat untuk aku di tanahku. Aku tahu, semakin lama aku menduduki tanah Syiah ini, aku akan dijadikan alat mainan mereka. Jadi, aku berhijrah ke Britain.”
Aku berkata kepadanya, “Brother, Allah memelihara kau supaya kau dapat menceritakan kisah ini kepada kami, supaya kami tidak jatuh pada kesilapan yang sama.”
Dari perkongsian kisah hidupnya yang singkat itu, aku mempelajari satu hal – umat Islam hari ini tidak boleh terlalu naif. Jangan kerana disebabkan sikap populis, kebenaran dan keadilan yang saksama diletakkan di tepi. Hanya kerana satu hal yang diperjuangkan orang kebanyakan tanpa diketahui kebenarannya dan implikasinya, kesucian Islam dibelakangkan. Umat Islam hari ini perlu bijak mengenal musuh. Jangan terus tenggelam dengan kenaifan situasi semasa yang sudah selesa sedangkan musuh bijak mengatur langkah.
Muhd Azri May
Aktivis Media ISMA UK-Eire
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan