Misi bantuan banjir diteruskan ke Temerloh dan Paloh Hinai


BANGI, 30 Dis – Misi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir hari ini diteruskan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) bersama Yayasan Ikhlas dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) ke Temerloh dan Paloh Inai, dekat Pekan, Pahang.

Ketua misi, Mohd Hamdan Mohd Sharif berkata, mereka telah bergerak jam 11.30 pagi tadi bersama 6 kenderaan pacuan empat roda (4WD), sebuah van, 6 buah bot beserta enjin.

Antara yang dibawa ialah makanan beras, makanan dalam tin, pakaian, lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa, air mineral, sabun, ubat gigi dan beberapa keperluan lain.

Misi ini disertai seramai 15 orang sukarelawan dan dijangka akan berada di sana selama dua hari.

Ujar Hamdan, ketika ini keadaan di Paloh Hinai agak ditenggelami air.

“Hari ini kita dikhabarkan mangsa banjir di pusat pemindahan semakin meningkat.

“Mungkin keadaan lebih teruk dari sebelum ini. Yang pasti kita akan cuba menembusi kawasan-kawasan yang agak terpencil,” katanya kepada ISMAweb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian