PEMBINA sasar 3000 sukarelawan untuk bantu mangsa banjir
BANGI, 29 Dis – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mensasarkan 3000 orang sukarelawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terjejas.
Naib Presiden I Persatuan Belia Islam Malaysia (PEMBINA), Muhammad Uzair Izzat Amir Muhammad berkata, kita sasarkan seramai 3000 sukarelawan untuk berkhidmat sepanjang misi bantuan banjir.
“Setakat ini kita berjaya kumpul dan gerakkan lebih 1371 sukarelawan Briged Bakti PEMBINA seluruh negara.
“Ada antara mereka yang dihantar ke kawasan membantu mangsa banjir, ada yang terlibat di cawangan untuk mengumpul dana, ada yang mengumpul barang dan menghantar barang ke tempat kejadian,” jelasnya.
Ujar Uzair yang turut menyertai misi bantuan ke Kuala Krai hari ini bersama pasukan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Yayasan Ikhlas, sasaran untuk mengumpul sukarelawan dijangka akan berjalan sehingga ke bulan Januari.
“Macam hari ini 12 orang sukarelawan PEMBINA turut bersama ke Kuala Krai.
“Selain itu sebelum ini, 11 orang di hantar ke Temerloh, 15 orang dihantar ke Ipoh dan 11 orang di Kemaman.
“Misi ini akan diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan