Qardawi: kita semua tahu siapa sebenarnya yang membunuh


DOHA, 9 Dis - Syiekh Dr Yusuf Al-Qardawi, salah seorang ulama besar dunia Islam hari ini menafikan bahawa beliau terlibat dalam sebarang usaha untuk membunuh umat Islam terutamanya apa yang telah terjadi di bumi Mesir.

“Aku tidak membunuh sesiapa bahkan aku tidak pernah langsung berniat untuk membunuh hingga membuatkan aku dikhendaki oleh Interpol”

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia turut berkata hakikatnya kita semua tahu siapa sebenarnya yang telah membunuh ribuan umat Islam yang tidak berdosa di Ibu pejabat Pengawal Republik, Ramassa, Rabaah, Al Nahda, Ramsis dan banyak tempat lain lagi.

“atas tindakan kejam tidak berperikamusian ini, dia ini akhirnya dimuliakan oleh Barat, Russia bahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri seolah-olah dia adalah President yang dilantik oleh rakyat.”

Pada 5 Disember yang lalu, Interpol telah mengeluarkan suatu waran tangkap yang dinyatakan di laman webnya terhadap Dr Yusuf Al-Qardawi atas permintaan Negara Mesir dengan tuduhan :Penghasutan dan bantuan untuk melakukan pembunuhan dengan sengaja, membantu banduan melarikan diri, membakar, vandalisme dan kecurian.

“Keadilan dalam undang-undang telah dinafikan dalam hal ini” ujar beliau yang ketika ini berumur 88 tahun di laman sosialnya.

Tindakan Interpol dan Negara Mesir ini turut mendapat kecaman Persatuan Ulama Muslimin yang sejak daripada dua hari yang lepas telah mengadakan kempen “Al-Qardawi bukanlah pengganas” bagi memberi tekanan kepada Interpol supaya menarik balik waran tangkap tersebut.


Turut sama mengecam tindakan ini adalah President Turki, Recep Tayyip Erdoğan yang mempersoalkan apakah hak As Sisi untuk bertindak sedemikian.

“Dia (As Sisi) ini hanya yang telah mendapat kuasa melalui kudeta, berlagak kononya hebat serta memberi arahan kepada Interpol supaya menangkap Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia yang disegani diseluruh dunia. Apa hak dia untuk bertindak sedemikian?”

Islam tidak patut tunduk kepada politik tetapi politik yang sepatutnya tunduk kepada Islam” tegas beliau.

Tindakan Mesir menangkap pimpinan Islam dikalangan ulama bukanlah suatu perkara yang baru sejak beberapa tahun ini. Ulama seperti Syiekh Haziam Salah, Dr Solah Sultan dan ramai lagi ulama lain yang ditangkap dengan tujuan untuk mengekang sebarang usaha kearah kebangkitan Islam.

Bahkan usaha ini juga telah disambut oleh banyak negara-negara arab teluk antaranya Qatar yang pada bulan September lepas telah mengeluarkan suatu arahan supaya pimpinan Ikhwan Muslimin di sana supaya keluar daripada negara tersebut.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian