Tanah ini warisan Melayu, jangan malu tuntuk hak bagi membalas jasa lampau
BANGI, 3 Dis – Naib Presiden 2 ISMA, En Abdul Rahman Mt Dali menyeru orang Melayu terutama golongan muda untuk tidak malu menuntut hak istimewa daripada kerajaan kerana bumi ini merupakan hak mereka sebagai orang Melayu.
Dalam tulisannya bertajuk ‘Melayu tak perlu malu tuntut hak bagi membalas budi lampau ini!’ beliau membentangkan fakta sejarah yang perlu diketahui oleh semua orang di Malaysia terutama generasi muda Melayu Islam di negara ini.
Menurut sumber dokumen British, sekitar tahun 1952, 2.6 juta orang Cina telah dibawa masuk tanpa diundang ketika pencerobohan British ke Tanah Melayu ini dan diberikan tanah serta pelbagai kemewahan dalam operasi membuka penempatan-penempatan khas untuk pendatang Cina yang datang ke Tanah Melayu.
“Dalam operasi itu, sekurang-kurangnya 500,000 orang Cina dikumpulkan dan ditempatkan di 409 kampung-kampung baru Cina yang masih wujud sehingga hari ini.
“Saya mendapat maklumat daripada orang-orang tua Melayu yang masih hidup sehingga hari ini bahawa mereka ketika itu ditanggung segala makan minum anak-beranak secara percuma sekian lama oleh pihak British dengan menggunakan hasil sumber bumi Melayu ini.
“Boleh bayangkan sebegitu ramai yang tidak kurang 500,000 orang Cina yang tiba-tiba muncul diberi makan percuma, kemudian diberi tanah-tanah kepada mereka? Laporan pihak British sendiri mencatatkan hampir 50,000,000 dolar (nilai pada tahun 1952) dibelanjakan untuk penempatan tersebut.”
Tambahnya lagi, seramai 500,000 orang itu sudah pun membenihkan zuriat berapa juta rakyat Cina di negara ini.
Sedangkan, orang Melayu pada waktu itu “langsung tidak bangun mengamuk apabila hasil bumi mereka dibahagi-bahagi sesuka hati kepada pendatang walaupun mereka dihiris-hiris seperti luka dibubuh cuka.
“Dalam pada orang Melayu sendiri yang begitu ramai tidak punya tanah, orang-orang Cina itu kemudiannya diberi tanah-tanah.
“Sedangkan orang-orang Melayu miskin di bumi sendiri akibat tekanan pencerobohan berpanjangan kuasa asing,” kata beliau.
Menurut En Abdul Rahman, bukankah patut sesetengah mereka yang tamak itu berterima kasih kepada bangsa Melayu yang terlanjur baik hati serta tidak mempertikaikan keistimewaan orang-orang Melayu serta kedudukan Islam di Tanah Melayu ini?
Tambahnya lagi, 60 tahun tidak cukup untuk membangungkan keseluruhan bangsa Melayu setelah mereka ditekan dan dicicir oleh kuasa asing lebih 450 tahun.
“Di masa itu orang Melayu hidup susah dan perit merempat di bumi sendiri. Peluang pelajaran disekat tidak lebih darjah 6.
“Kapitalis Cina dan British yang sudah kaya raya sebelum merdeka belum puas dan dengan segala kekuatan mereka terus membaham peluang-peluang perniagaan, perlombongan, perkilangan, pembinaan dan lain-lain selepas merdeka.
“Orang-orang Melayu yang jauh ketinggalan belum berdaya menyaingi kekuatan kapitalis, kapitan, kongsi-kongsi gelap Cina yang sudah berkurun menapak.
“Itu belum lagi saya perkata tentang rekod 1948 yang menunjukkan 251 juta dolar (nilai dahulu) hasil bumi Melayu yang dipunggah keluar dari tanah Melayu setiap tahun,” katanya lagi.
Maka, Melayu tidak perlu malu mahupun rasa bersalah, malah perlu bangun dan mempertahan serta memperjuangkan hak-hak mereka.
“Saya menasihati orang Melayu terutama generasi muda supaya tidak perlu rasa malu atau rasa kerdil bila disindir atau dikritik oleh pihak-pihak tertentu kerana masih meminta-minta keistimewaan daripada kerajaan.
“Jangan terperangkap seperti Dyana Sofia yang mempersoal keistimewaan, masuk parti chaunis DAP dan berlunak dengan penentang-penentang keistimewaan Melayu.
“Jasa orang-orang Melayu kepada Cina tidak boleh dibalas oleh orang-orang Cina sampai bila-bila.”
Anak-anak Melayu juga diseru untuk mencintai tanah air dan menyayangi bangsa yang telah berjasa membesarkan mereka.
“Orang Melayu jangan biar dihina lagi. Berusahalah bersungguh-sungguh dan berazam untuk mengangkat maruah supaya menjadi bangsa yang kuat dan dimulia manusia.”
“Agenda mereka adalah menjadi bangsa pendokong dan pemimpin agama Islam di bumi Islam Malaysia ini,” serunya.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan