Wacana Ummah: Pemimpin politik dan NGO diseru bangkit pertahan kedudukan Islam


JOHOR BAHRU, 21 Dis – Pemimpin-pemimpin politik, NGO-NGO dan pemimpin-pemimpin masyarakat harus bangkit mempertahankan kedudukan Islam dalam perlembagaan yang kini sedang diasak hebat dari pelbagai sudut.

Demikian seruan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Johor, Tuan Haji Mohd Tahir Hamdan dalam ‘Wacana Ummah bertemakan ‘Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan: Salah Faham, Ancaman dan Agenda Tersembunyi Musuh’ di Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru baru-baru ini.

Menurutnya, kedudukan Islam pada hari ini telah dicabar dengan wujudnya usaha-usaha untuk mencairkan identiti negara Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.

“Oleh itu, umat Islam perlu bersatu untuk menghadapi serangan ini tanpa mengira fahaman politik kerana kesatuan umat Islam adalah perkara asas dalam Islam,” tegasnya.

Dalam ucapannya itu, beliau kesal kerana terdapat umat Islam sendiri yang cuba mempertikaikan kedudukan Islam dalam perlembagaan tidak kira samada mereka terdiri dalam kalangan pemimpin-pemimpin politik atau NGO-NGO yang memperjuangkan fahaman liberalisme.

“Pemimpin terdahulu telah meletakkan Islam begitu tinggi sekali dalam Perlembagaan Negara, tetapi sejak akhir-akhir ini kedudukan ini mula dicabar oleh pelbagai golongan yang berkepentingan terutamanya golongan yang ingin meraih undi daripada pengundi bukan Islam,” katanya.

Program anjuran ISMA Cawangan Johor telah mendapat kerjasama Permuafakatan NGO-NGO Islam Negeri Johor. Kerjasama tersebut dipimpin oleh Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Dato’ Hj Nooh Hj Gadut. Antara NGO-NGO yang terlibat ialah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Persatuan Qurra’ Negeri Johor, Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Jemaah Malabar Muslim Negeri Johor (JMMNJ), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Johor Bahru dan pelbagai lagi.

Program yang berjaya menarik penyertaan melebihi 800 orang itu telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Johor, Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Nooh Kadri.

Khairiah Hj Othman
Wartawan ISMAweb

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian