Warisi perjuangan Rasulullah dengan tarbiyah


MANIPAL, 15 Dis - “Apabila kita bercakap mengenai tarbiyah, kita bercakap tentang usaha untuk mewarisi perjuangan Rasulullah s.a.w., tarbiyah yang membawa manusia kepada beribadah dan mengenal kepada Allah s.w.t,” ujar Setiausaha Biro Tarbiyah Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Azizee Hasan.

Menurutnya,  tarbiyah merupakan satu-satunya usaha yang mampu melahirkan pemimpin yang mampu mengurus tadbir muka bumi ini mengikut syariat Allah s.w.t.

“Dengan tarbiyah, seseorang mukmin bukan sahaja menjadikan Islam sebagai agenda kehidupan, malah mampu menjadi pakar dan tempat rujuk dalam bidang masing-masing,” katanya semasa forum bersama pelajar Malaysia anjuran ISMA Cawangan India, baru-baru ini.

Turut hadir sebagai ahli panel dalam forum tersebut  ialah Yang Dipertua Majlis Syura ISMA, Ustaz Sharipudin Abdul Kadir.

Dalam forum itu juga, ISMA turut diperkenalkan sebagai sebuah badan bukan kerajaan yang mempunyai pelbagai agensi dengan tujuan menyampaikan Islam yang sebenar sesuai dengan semua lapisan masyarakat.

Antara agensi ISMA yang giat berperanan dalam masyarakat adalah Kelab Remaja ISMA (KRIM), Kelab Nadi Al-Azim (Anak-anak Hebat) NAZIM, Wanita ISMA, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan lain-lain lagi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?