Agenda Kristian di sebalik K-Pop?


BANGI, 12 Jan – Susulan penyebaran gambar dan video yang mempertontonkan aksi gadis Melayu bertudung dipeluk oleh artis Kpop lelaki, Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), A. Karim Omar membuat pendedahan bahawa K-Pop adalah suatu agenda untuk mempromosikan agama Kristian.

Dalam tulisan di blognya https://akarimomar.wordpress.com/, kata beliau ramai artis K-Pop adalah aktivis gereja dan terlibat secara langsung dalam dakyah agama Kristian.

“Sebahagian besar mereka adalah ahli kumpulan nyanyian gospel di gereja masing-masing semasa kecil atau remaja, sebelum popular menjadi artis K-Pop.

“Malah ada yang mengatakan bahawa genre K-Pop adalah evolusi daripada Korean Contemporary Christian Music (KCCM) yang bermula pada dekad 1970an, sebelum menjadi popular.

“Selain itu, kajian rambang yang dibuat mendapati, hampir 80% daripada artis K-Pop beragama Kristian (tidak kira kumpulan lelaki mahupun perempuan).

“Selebihnya adalah terdiri dari golongan Atheis, Buddha dan kepercayaan animisme,” ujarnya.

Tambah beliau, negara Korea Selatan (dahulunya semasa Korea yang satu) mempunyai penganut Kristian kurang daripada setengah peratus sahaja (0.5%) daripada keseluruhan penduduknya, pada tahun 1905.

Selepas 100 tahun berlalu, hasil gerakan dakyah Kristian besar-besaran sekitar tahun-tahun 70an dan 80an (berlanjutan ke 90an) penganut Kristian menjadi kelompok agama yang terbesar di Korea Selatan pada tahun 2006.

“Malah, negara itulah satu-satunya negara di Asia Timur yang mempunyai penduduk Kristian majoriti.

“Sehingga pada tahun 2006, Korea Selatan telah menjadi negara pengeksport mubaligh Kristian kedua teramai selepas Amerika Syarikat, menggantikan United Kingdom sebelum itu,” jelasnya.

Soal Encik Karim, mungkinkah ini suatu penghinaan yang disengajakan atau agenda jahat terselindung oleh pelampau evangelis Kristian yang telah memurtadkan anak-anak muda Melayu melalui percintaan yang terlanjur.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?