Briged Bakti Pembina ringankan beban mangsa banjir di Jerantut


BANGI, 5 Jan – Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Yayasan Ikhlas meneruskan misi bantuan mereka ke Jerantut khususnya di beberapa kawasan yang terjejas teruk.

Ketua misi, Muhammad Afnan Tumiran berkata, antara kawasan yang telah dikenalpasti ialah Kampung Sungai Siam, Pulau Tawar, Kedondong dan Perian.

“Keadaan kawasan terbabit sangat menyedihkan. Banyak rumah yang musnah sehingga melibatkan barang-barang seperti peti ais, televisyen, mesin basuh, katil, barangan dapur tidak dapat digunakan lagi,” katanya.

Misi ini akan telah bergerak ke Jerantut pada 4 Januari lalu dan berada di sana selama dua hari.

Ujar Afnan, misi bantuan ini menyerahkan barangan keperluan seharian seperti beras, air mineral, barangan dapur dan barang keperluan yang dirasakan perlu untuk mangsa banjir.

Barangan sumbangan yang dibawa adalah hasil kutipan orang ramai sejak tiga minggu lalu dengan anggaran jumlah kutipan sebanyak RM12,000.

“Jadi diharapkan dengan sedikit inisiatif ini dan bantuan ini dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir,” ujarnya lagi.

Selain itu beliau berkata, fokus misi ini juga adalah untuk membersihkan rumah-rumah dan kawasan yang dipenuhi lumpur.

“Untuk itu seramai 50 orang sukarelawan briged bakti PEMBINA telah dihantar untuk misi ini,” katanya ketika dihubungi.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?