Budaya hedonisme melampau: Remaja bertudung dan artis K-pop


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

Sebagai seorang mahasiswa yang sedang menuntut disalah sebuah universiti di Korea Selatan saya berasa terpanggil untuk mengulas tentang tindakan bebrapa orang gadis muslim yang membiarkan diri mereka dipeluk dan dicium oleh artis-artis K-pop disebuah ‘fan meeting’ mereka baru-baru ini.

Sedih bercampur marah apabila mengetahui cerita yang berlaku melibatkan muslimah bertudung yang seharusnya menjaga dan meletakkan kehormatan diri mereka jauh lebih tinggi berbanding dengan orang lain.

Sepengalaman saya belajar dan tinggal di Korea, budaya atau muzik K-pop memang menjadi satu hiburan yang sangat mempengaruhi anak muda mereka. Walau bagaimanapun saya melihat bahawa kebanyakan kumpulan K-pop ini lebih mendapat sambutan oleh peminat diluar Korea Selatan terutamanya di negara-negara Asia tenggara seperti Vietnam, Thailand, Phillipines, Singapore, Indonesia dan termasuklah negara kita Malaysia.

Pada suatu masa dulu media sosial pernah viral dengan video aksi-aksi peminat K-pop remaja negara yang menjerit-jerit seolah-olah lupa dunia dan akhirat apabila melihat artis K-pop yang dibawa masuk ke Malaysia. ‘Footage’ video tersebut sudah cukup untuk memperlihatkan betapa kritikalnya budaya negatif ini berjaya menghanyutkan anak-anak muda ini jauh dari kesedaran minda sihat manusia dan lemahnya jatidiri sebagai seorang muslim/muslimah yang berpegang dengan prinsip-prinsip Islam.

Belajar dan tinggal di negara yang majoritinya bukan muslim, saya melihat sendiri budaya pergaulan bebas antara laki-laki dan perempaun bukan mahram dimana budaya berpelukan, berpegang tangan, dan berciuman dikhalayak ramai adalah perkara biasa. Akan tetapi, saya percaya kita tidak terkejut dengan budaya tersebut kerana kita tahu mereka jahil tentang perintah dan larangan Allah s.w.t. Jahil sejahil-jahilnya.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)

Melihat realiti sebahagian pemuda pemudi islam di Malaysia ini yang terlalu mudah terpengaruh dengan budaya hedonisme melampau seolah sama seperti mereka yang tidak pernah mendengar atau mengetahui perintah dan larangan Allah membuatkan saya tertanya, sejauh manakah tahap kefahaman kita tentang Islam itu sendiri?

Apabila sampai ke tahap merelakan diri dipeluk cium, bukan sahaja peristiwa K-pop yang berlaku, tetapi juga budaya ‘couple’, ber’dating’ ke sana sini, kesedaran menutup aurat dengan betul yang sangat rendah (betudung tetapi memakai baju lengan pendek, bertudung pendek tidak menutup dada, berbaju dan berseluar ketat, tidak bertudung dan berpakaian menjolok mata) bagi wanita muslim, memakai seluar pendek bagi lelaki muslim, dan lain2 lagi bermacam adegan artis-artis tempatan dan lakonan dunia hiburan lakal yang tidak langsung menunjukkan diri pelaku sebagai seorang muslim yang benar-benar takut dan tunduk dengan suruhan Allah s.w.t.

Apakah punca berlaku segala kepincangan dan kelemahan akidah dalam kalangan pemuda pemudi Islam di negara kita ini?

Antara sebab utama berlakunya perkara-perkara ini tidak lain tidak bukan adalah tidak adanya penghayatan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang yang dikurniakan nikmat iman dan islam. Saya menyeru agar kita semua refleksi semula diri dan memperbaiki diri dan seterusnya menunaikan janji kita kepada Allah untuk membantu mengembalikan kesedaran umat untuk kembali mentaati perintah dan meninggalkan segala larangan Allah s.w.t.

Akhir kata, semoga setiap apa berlaku dapat kita mengambil iktibar dan pengajaran. Budaya hedonisme dan hiburan melampau wajib untuk kita jauhi dan sampaikanlah pesanan ini kepada kawan-kawan dan adik-beradik dan keluarga kita agar pemuda pemudi kita tidak terus hanyut dalam budaya jahil kuffar dan tipu daya syaitan.

Wallahu’alam.


“Oh muslimah dekatkan diri

selalu pada Ilahi demi cinta-Nya

insyaLLAH Tuhan kan memberi

kecantikan yang abadi dalam redha-Nya” – Fitri Widjayanti, Muslimah.

 
Hedirul Amir Ahmad Sharani
Mechanical Engineering Korea University
Biro Tarbiyah ISMA Korea

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian